2016 Dah Nak Habis & Masih Belum Jumpa Telefon Serasi? Pilih 6 Calon Dari Honor Ini Dengan Harga Diskaun Sempena Hujung 2016

Bagi yang sudah berumur 25 tahun dan ke atas, antara soalan biasa yang sukar dan menyakitkan hati untuk dijawab adalah ‘Dah Kahwin ke Belum?’.

Umumnya, semua orang mahu kahwin tetapi kerana beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan -terutamanya masalah kewangan – hasrat itu tidak dapat dicapai.

Begitu juga dengan telefon pintar. Sukar untuk mencari satu telefon yang benar-benar serasi dengan pengguna. Biarpun ada, harga yang ditawarkan terlalu mahal.

Namun enam calon telefon pintar Honor ini boleh mengubati duka lara mereka yang masih belum menemui ‘pasangan’ yang sesuai. Apa yang lebih menarik, keenam-enam mereka ini diletakkan pada harga diskaun sempena bulan penutup 2016.

Tengok dulu gambar berserta deskripsi dalam senarai dibawah dan pilih yang mana berkenan.

1 – Honor 8 64GB – Si pintar, pantas, seksi & boleh simpan banyak barang

Bersesuaian dengan label 64GB, Honor 8 boleh membantu pemiliknya menyimpan lebih banyak barang di dalam storannya yang berisi.

Honor 8 64GB bukan sahaja mempunyai bentuk badan yang menggiurkan, malah telefon ini juga cukup pintar dan pantas kerana ia didatangkan dengan cip pemproses Kirin 1.8GHz lapan teras bersama 4GB RAM.

Honor 8 64GB juga boleh mengambil mengambil gambar yang cantik dengan kamera dwi-lensa 12 MP.

Sempena penghujung 2016, Honor 8 64GB diletakkan pada harga RM1,849 selepas diskaun sebanyak RM50. Honor juga akan memberi powerbank quick charge 10,000 mAh kepada yang sanggup menerima Honor 8 64GB sebagai pasangannya.

2 – Honor 8 32GB – Tetap pintar, seksi, pantas, tetapi jumlah storan sedikit berkurang


Honor 8 32GB merupakan kembar kepada Honor 8 32GB tetapi dengan storan yang dikurangkan sedikit. Biarpun begitu, Honor 8 32GB tetap didatangkan dengan cip pemproses yang sama menjadikan ia cukup pantas untuk membuat kerja seharian di zaman serba moden ini.

Honor menetapkan harga promosi RM1,599 bagi Honor 8 32GB dan barangsiapa yang sudi memiliki telefon pintar ini, dia akan dihadiahkan powerbank 5,000 percuma oleh Honor.

3 – Honor 7/7E – Cekap mengambil gambar dengan kamera 20MP


Berbeza dengan Honor 8, Honor 7/7E sangat sedondon jika digandingkan dengan mereka yang gemar bergambar. Telefon itu dilengkapkan dengan kamera 20MP di belakang dan 8MP di hadapan.

Dari segi prestasi pula, Honor 7/7E tidak ketinggalan jauh kerana ia dipasang dengan cip pemproses Kirin 8 teras (935 4×2.2 GHz Cortex-A53 & 4×1.5 GHz Cortex-A53). bersama RAM 3GB.

Apa yang membezakan Honor 7 & 7E adalah jumlah storan iaitu Honor 7 diletakkan ruang sebanyak 16GB manakala Honor 7E diletakkan ruang storan 32GB.

Sempena promosi ini, Honor menetapkan harga RM1,199 untuk Honor 7E dan RM1,099 untuk Honor 7 selepas masing-masing didiskaunkan sebanyak RM100. Tidak cukup sekadar itu, Honor juga akan memberikan jam pintar Honor Band Z1 kepada pembeli Hnor 7/7E.

4 – Honor 5X – Harga murah, tapi skrin tetapi besar


Calon yang seterusnya adalah Honor 5X, sebuah telefon pintar yang besar tetapi pada harga yang lebih murah.

Telefon itu dilengkapkan dengan Qualcomm MSM8939v2 Snapdragon 616 bersama dengan RAM 3GB.

Sesiapa yang membeli Honor 5X sempena promosi diskaun ini hanya perlu membayar RM849 (diskaun RM50) dan layak menerima kayu selfie percuma ekslusif dari Honor sendiri.


5 – Honor 5C – Mampu milik, tapi tetap power



Honor 5C bukan sahaja murah, tetapi ia juga peranti yang boleh memenuhi keperluan harian pemiliknya.

Dikuasakan dengan cip Kirin 650 8 teras dan RAM 2GB, Honor 5C dilihat sebagai peneraju telefon pintar dalam kelas harganya.

Bukan itu sahaja, telefon ini turut dipasang dengan kamera 13MP f2 autofocus sekaligus mampu menawarkan gambar yang berkualiti tinggi.

Dengan harga promosi RM849, pembeli Honor 5C juga bakal menerima kayu selfie Honor berserta 32GB kad memori percuma.

6 – Honor 5A – Untuk golongan yang suka berbajet

Bagi yang berada dalam bajet ketat pula, Honor 5A boleh dijadikan target untuk mereka yang mahu telefon pintar baharu bagi membuka lembaran 2017.

Biarpun diletakkan pada harga rendah, prestasi Honor 5A tidaklah terlalu teruk jika dibandingkan dengan harga. Apa yang membezakan Honor 5A dan Honor 5C adalah cip pemprosesnya sahaja.

Honor 5A dilengkapi dengan cip pemproses 1.0 GHz Cortex-A53 empat teras. Dari segi memori pula, ia masih dilengkapi dengan RAM 2GB.

Dengan harga serendah RM599, pembeli juga akan menerima hadiah misteri ekslusif dari Honor.

Kepada yang berminat untuk memiliki salah satu atau lebih telefon keluaran Honor pada harga promosi ini, boleh layari laman vmall.my.

Carian yang berkaitan: