Anak Billionair Enggan Warisi Perniagaan Yang Bernilai RM564 Billion Kerana Tak Mahu Kehidupan Seperti Bapanya

Wang Jianlin

Lelaki paling kaya di China perlu mencari pewaris kepada empayarnya yang bernilai $122 billion (RM 564 billion) setelah anak tunggal beliau memberitahu dia mahukan cara kehidupan yang berbeza.

Wang Jianlin, pengasas dan pengerusi Dalian Wanda Group memberitahu bahawa anak lelakinya yang berusia 28 tahun, Wang Sicong, tidak mahu mengambil alih pasaraya, hotel, taman tema dan kelab sukan yang diusahakannya.

‘Saya telah bertanya kepada anak saya tentang pewarisan dan dia berkata dia tidak mahu kehidupan seperti saya’, kata Wang di sebuah persidangan.

Wang Sicong

‘Mungkin orang muda sekarang ada pencarian dan keutamaan masing-masing. Mungkin lebih baik berikan tugas ini kepada manager professional dan kami hanya duduk dan lihat bagaimana mereka jalankan syarikat”, kata Wang sambil menambah dia sudah ada beberapa calon.

Wang Sicong merupakan pengarah kepada empayar bapanya, dengan saham sebanyak 2 peratus, lapor South China Morning Post.

Dia telah mengasaskan Prometheus Capital pada 2011 dan melabur wang di Invictus Gaming, Dining Concept Holdings.

Pada Mei tahun lepas, Sicong telah membeli dua Apple Watches dan memakaikannya kepada anjingnya. Foto anjingnya itu dimuat naik di internet sebelum menjadi viral di media sosial.

Sumber: Dailymail

Carian yang berkaitan: