Azharina Azhar Juara Gegar Vaganza 3



Penyanyi Azharina Azhar dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir Gegar Vaganza 3 yang diadakan secara langsung di auditorium MBSA malam tadi.

Azharina berjaya menewaskan lima peserta lain iaitu Ameng, Intan Sarafina, Siti Sarah, Zarul dan G-mie.

Dengan kejayaan itu, penyanyi tersebut membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah, trofi dan peluang rakaman sebuah single terbaru terbitan Astro.

Scroll to top