Budak Lelaki 9 Tahun Hilang Alat Sulit Selepas Berlaku Kesilapan Ketika Proses Berkhatan Guna Gunting

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun terpaksa menanggung kecacatan seumur hidup selepas dia kehilangan kemaluannya apabila berlaku kesilapan ketika berkhatan dan prosedur untuk penyambungan semula gagal.

Kejadian yang berlaku pada 15 Disember itu berlaku lima hari sebelum kes seorang kanak-kanak 10 tahun terputus kepala kemaluannya ketika berkhatan secara laser.

Peguam kes kejadian 15 Disember tersebut, Hindraf P Uthayakumr berkata, kepala kemaluan kanak-kanak 9 tahun itu terputus ketika proses berkhatan menggunakan gunting di sebuah klinik di Jalan Ipoh.

Tambah peguam itu lagi, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk prosedur penyambungan semula.

Namun, usaha terbabit gagal dan kemaluan kanak-kanak itu bertukar menjadi hitam – membuatkan pihak doktor tidak mempunyai pilihan kecuali memotongnya.

Lebih malang, kes ini berlaku ke atas seorang kanak-kanak yang susah.  Dia sangat muda dan tidak tahu apa yang telah berlaku,” kata Uthayakumar dalam satu sidang media pada Jumaat.

Kes yang hampir sama dilaporkan berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang terputus kepala kemaluannya ketika proses berkhatan menggunakan laser di sebuah klinik di Taman Cheras Utama.

Pada kejadian yang berlaku pada 20 Disember itu, kanak-kanak tersebut terus dibawa ke HUKM sebelum dirujuk ke HKL untuk pembedahan penyambungan semula.

Menurut mStar Online, mereka difahamkan bahawa pembedahan itu berjaya.

Sumber: mStar Online

Carian yang berkaitan: