Donna Muslim Gelar Rita Sebagai 'Mak Janda'?

168 views
Pada: Khamis, 29 Disember 2016
Artis Janda, Dona Muslim, Instagram, Pelakon, Pergaduhan, Rita Rudaini,

Donna Muslim dihentam teruk para netizen bila menggelarkan pelakon Rita Rudaini sebagai Mak Janda menerusi laman Instagram baru-baru ini.

Memetik Harian Metro Donna, 27 berkata dia tidak menjangka perkara tersebut dianggap negatif dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan peminat Rita.

“Sejujurnya saya tak berniat nak menghina atau memperkecilkan status Rita. Tujuan saya membalas komen salah seorang kenalan wanita di laman Instagram itu adalah untuk membaiki soalan yang ditujukan kepada saya.

“Tapi disebabkan saya menggunakan perkataan sama iaitu Mak Janda, jadi ia seolah-olah mengiyakan apa yang ditulis. Dalam hal ini, saya akui memang salah saya. Pada masa sama saya ralat apabila menggunakan perkataan itu bagi tujuan membalas komen,” ujar Donna.

“Selepas perkara ini kecoh diperkatakan, Rita ada menghantar paparan skrin komen saya. Disebabkan dia bertanya jadi saya memberi penjelasan. Saya pun meminta maaf.

“Bukan apa, saya tahu perkara sebegini boleh merosakkan persahabatan kami. Cuma apa yang ingin saya katakan adalah kalau boleh peminat pun janganlah bersikap lebih-lebih,” katanya.

Tag : Artis Janda , Dona Muslim , Instagram , Pelakon , Pergaduhan , Rita Rudaini

Carian yang berkaitan: