Faiz Impi Pakai Baju Melayu, Beri Ucapan Dalam Bahasa Melayu Dalam Majlis Anugerah Puskas Nanti

Kuala Lumpur, 5 Dis - Pemain bola sepak negara, Faiz Subri mengimpikan untuk memakai baju melayu pada majlis anugerah Puskas pada 9 Januari nanti sekiranya dibenarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut pemain berusia 29 tahun itu, buat masa ini dia belum pasti apa akan dipakai atau perlu dilakukan dalam majlis itu kerana belum menerima maklumat rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) mahu pun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Namun, Faiz berkata, sebagai rakyat Malaysia pertama yang tercalon dalam anugerah berprestij itu, dia sebolehnya mahu memperkenalkan Malaysia dengna emmakai baju Melayu andai perkara itu tidak melanggar kod etika pemakaian majlis tersebut.

Sehingga hari ini saya belum menerima sebarang maklumat mengenai apa yang perlu disediakan sebelum pergi ke sana (Zurich) jadi saya belum buat sebarang persediaan.

“Semestinya saya mahu membawa semua keluarga saya kerana ini merupakan peluang yang mungkin datang sekali dalam seumur hidup kita. Alhamdullilah...Ini salah satu rezeki Allah kepada saya.

Jika anugerah Puskas menjadi milik saya nanti, kalau boleh saya mahu memberi ucapan dalam bahasa Melayu.

Saya lebih bangga untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan. Tiada istilah malu untuk bertutur bahasa ibunda kerana saya rakyat Malaysia.

Kalau kita tidak bangga de­ngan bahasa kita siapa lagi?. Seperti saya cakap sebelum ini, kejayaan ini bukan kejayaan saya seorang tapi kejayaan seluruh rakyat Malaysia,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Biasanya, calon atau pemenang anugerah FIFA akan mengenakan sut lengkap ketika hadir di majlis FIFA.

Namun, berucap dalam bahasa ibunda adalah perkara biasa dalam majlis-majlis seperti itu.

Penyerang Argentina, Lionel Messi bertutur dalam bahasa Sepanyol ketika memberi ucapan selepas diumum sebagai pemenang Ballon d’Or 2015.

Pemenang Puskas 2015, Wendell Lira dari Brazil juga bertutur dalam bahasa ibunda ketika memberi ucapan dalam majlis berkenaan.

Mohd. Faiz akan bersaing de­ngan dua lagi calon iaitu Marlone dari Brazil dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.

Sumber: Utusan Online

Incoming search terms:

loading...
loading...