Farah Asyikin Mahu Khawin Lagi.. Ini Bakal Suaminya..

175 views
Pada: Ahad, 18 Disember 2016
Artis Janda, Berita Artis, Farah Asyikin, Perkahwinan Artis,

Selepas bercerai talak satu secara tebus talak dengan bekas suaminya Zaahier Stanley yang berasal daripada Capetown, Afrika Selatan sekitar bulan Januari lepas, bekas penyanyi Farah Asyikin memberitahu beliau bakal berkahwin buat kali ketiga pada 7 Januari depan.

Difahamkan, bakal suaminya yang bernama Raja Iskandar Raja Muktharuddin, 51 tahun, merupakan duda anak tiga dan bekerja sebagai pengurus besar di sebuah syarikat minyak dan gas.

Bakal suami saya duda dan kematian isterinya sejak 18 tahun lalu. Kami kenal sejak Disember tahun lalu. Beliau melamar saya Mac lalu iaitu pada bulan sama bapa menghembuskan nafas terakhirnya. Beliau sempat mengenali arwah bapa. Arwah juga menyenanginya.

Semua ini kuasa Allah. Mula-mula dulu memang saya tak yakin dengan hubungan ini. Malah saya juga bersikap jual mahal. Ditambah dengan kes penjagaan anak yang baharu saja selesai beberapa bulan lalu, saya masih teragak-agak. Namun jodoh saya dengannya jadi kuat. Di sebalik kegagalan dua perkahwinan terdahulu, saya banyak belajar.

Walaupun ada yang anggap saya salah pilihan, ada hikmah di sebalik dugaan dan ujian yang hadir. Semua pengalaman itu mahal, termasuk belajar menerima lamaran lelaki baharu dalam hidup, sekali gus memikirkan niat untuk membina hidup bersamanya.” -Kata Farah. -Bharian

Tag : Artis Janda , Berita Artis , Farah Asyikin , Perkahwinan Artis

Carian yang berkaitan: