(Foto) Beberapa Kawasan Di Tanah Rata Cameron Highlands Dilanda Banjir Kilat

IPOH, 25 Dis – Beberapa kawasan di Tanah Rata, Cameron Highlands dilanda banjir kilat termasuk di kawasan perumahan polis di Jalan Masjid selepas kawasan itu dilanda hujan tanpa henti sejak pagi tadi.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Polis Daerah Cameron Highlands berkata hujan itu menyebabkan air Sungai Bertam melimpahi tebing dan memasuki kawasan kuaters itu.

Katanya juga, air mula surut sepenuhnya kira-kra 5 petang tadi dan kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh anggota perumahan terbabit.

Kawasan lain yang turut terjejas adalah kuaters kakitangan kerajaan Jalan Masjid dan Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Muhamad Haziq Hazmi berkata hujan lebat yang melanda menyebabkan tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Tapah-Tanah Rata dekat Bharat Tea Baru.

Runtuhan itu menyebabkan lalu lintas terhalang…tiada mangsa yang terlibat.

Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan dengan melibatkan Tenaga Nasional Bhd untuk kerja-kerja elektrik. Kini hanya satu lorong boleh dilalui (di kawasan itu),” katanya. – Siakapkeli.my

Sumber: Bernama

Carian yang berkaitan: