Foto Menyayat Hati Papar Kanak-Kanak Syria Maut Selepas Serangan Gas Beracun Tersebar

London: Gambar menyedihkan mula muncul menunjukkan mayat kanak-kanak antara hampir 100 orang awam di Syria yang disyaki menjadi mangsa serangan gas beracun.

Gambar yang menyentuh hati itu disiarkan Pertubuhan kebajikan Kesatuan Bantuan dan Perubatan menyatakan kanak-kanak terbabit mati dalam serangan di timur bandar Hama.

Menurut Daily Mail, pertubuhan itu mendakwa gas beracun itu tidak berbau dan tiada warna, dilepaskan ketika serangan udara besar-besaran selama lebih sejam.

Ia mendakwa sebahagian besar mangsa adalah kanak-kanak, sesetengahnya bayi masih memakai lampin, yang mati dengan cepat selepas mulut berbuih selain 300 lagi penduduk cedera terdedah kepada gas berkenaan dengan mengalami kabur pandangan, sesak nafas, pening dan muntah.

Namun, pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria menyatakan ia tidak pasti sama ada serangan udara di timur wilayah Hama itu dilakukan pesawat Syria atau Russia.

Ia mengesahkan berlaku kes kematian akibat sesak nafas namun tidak dapat mengesahkan ia akibat senjata kimia.

Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan pasukan bagi menyiasat dakwaan kerajaan Syria menggunakan senjata kimia gas klorin dalam tiga serangan pada 2014 dan 2015.

Namun, pasukan itu juga mendapati militan Negara Islam (IS) juga pernah melakukan serangan gas mustad (yang dirampas di Iraq dan Syria), di Syria pada Ogos 2015

Semalam, PBB menyatakan menerima laporan boleh dipercayai bahawa tentera Syria dan kumpulan militan yang menyokongnya di Aleppo membunuh puluhan orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak ketika pertempuran untuk menawan bandar Aleppo hampir berakhir.

Pejabat hak asasi manusia PBB berkata, sekurang-kurangnya 82 orang awam, termasuk 11 wanita dan 13 kanak-kanak dibunuh.

“Puluhan mayat bergelimpangan di jalan raya akibat pengeboman tanpa henti tentera Syria,” kata pengerusi kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman.

Perang saudara di Syria membabitkan tentera kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad yang disokong Russia dengan pemberontak dan IS bagi menggulingkan Bashar bermula pada 2011, menyebabkan lebih 300,000 orang terbunuh manakala jutaan lagi kehilangan tempat tinggal.

Sumber: Harian Metro

Incoming search terms:

loading...
loading...