Gadis Ini Kongsikan 10 Tip Bagaimana Untuk Membuat Tabung Travel Yang Mudah Tetapi Membuahkan Hasil

Sejak dari kecil lagi kita sudah didedahkan untuk belajar menabung, ia adalah salah satu cara bagaimana kita mendapatkan sesuatu barang dengan usaha sendiri. Walaupun akan mengambil masa yang agak lama, namun setelah berjaya mendapatkan apa yang diinginkan, ia sudah cukup memberi kepuasan buat diri,

Begitu juga buat mereka yang mempunyai keinginan untuk melancong, sudah pasti akan sedaya upaya membuat simpanan atau tabung yang khusus hanya untuk travel sahaja. Hendak atau tidak, anda perlu memasukkan duit ke dalam tabung tersebut. Bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama akan menjadi bukit jua.

Namun, adakah cara yang spesifik, untuk menabung, seperti jumlah yang sebetulnya perlu dimasukkan setiap hari? Untuk menjawab pertanyaan itu, saudari Suri Shariff kongsikan 10 tip yang anda boleh gunakan, dalam memastikan anda konsisten untuk menabung. Jom kita baca perkongsiannya.

Macam mana aku menabung untuk travel?

1. Tetapkan minimum berapa yang wajib di masuk dalam tabung setiap hari. Contoh RM50 sehari. Kalau ada extra, pejam mata masuk kan extra. Tapi jangan sesekali kurang.

2. Tetapkan berapa lama untuk menabung untuk sesuatu trip. Macam aku biasanya letak 3 bulan. Jadi dalam masa 3 bulan kalau tabung pelampung tak penuh aku susah hati dan rasa nak sumbat banyak-banyak lagi.

3. Buat side income untuk sumbat dalam tabung. Yang ini kau kena cari sendiri. Macam aku, aku guna income dari lunch box untuk masuk dalam tabung. Kalau dulu masa bekerja, aku buat food delivery during weekend. Kau rajin, kau dapat extra, kau malas kau gigit jari.

4. Disiplin. Kena berkorban untuk tidak membeli benda-benda lain. Kecuali kau ada extra lepas kau masuk minimum amount kat dalam tabung.

5. Buat tabung besar-besar supaya buat kau geram nak penuhkan tabung.

6. Setiap tabung harus ada nama tersendiri. Jangan letak general, contoh "Tabung Travel". Kau letak contoh "Tabung Trip Canada". Baru semangat kau nak sumbat duit dalam tu.

7. Setiap malam sebelum tidur, kau bagi diri kau 5 minit untuk kau berangan tentang tempat impian kau supaya esok pagi bila kau bangun tidur, kau lebih positive untuk kerja keras kejar impian kau.

8. Menabung pon menabung juga. Tapi jangan kau jadi tangkai jering. Kena selalu bersedekah. Tapi tak perlu heboh-heboh. Hanya kau sahaja yang tau.

9. Tunaikan impian orang lain, terutamanya anak yatim dan kanak-kanak. Doa mereka walaupon kecil tapi power girl.!

10. Jangan kedekut dengan ibu bapa. Makin banyak kau keluar duit untuk senangkan hati mereka, makin murah rezeki kau. Pernah dengar ayat "The more you give, the more you will get" macam gitu lebih kurang.

Gambar adalah hasil aku menabung selama 3 bulan untuk tabung Spain-Portugal. Jumlah terkumpul sebanyak RM8,888. Tapi aku ngelat sebab aku guna untuk Scandinavia. Tabung Iceland pon aku dah kopak juga, termasuk Balkan. 3 tabung aku kopak untuk trip 40 hari itu.
Sekarang aku dah mulakan tabung baru. - Siakap Keli

loading...
loading...