Izzue Islam Keluar Kumpulan Forteen, Buat Lagu Single?

80 views
Pada: Rabu, 28 Disember 2016
Album Single, Berita Artis, Izzue Islam, Penyanyi, Video Artis,

Izzue Islam menafikan sudah keluar dari kumpulannya Forteen selepas muncul single solo ciptaan sendiri berjudul ‘Bimbang’.

Izzue berkata, dia mengambil peluang untuk mencuba nasib dan mengembangkan bakat seninya dalam bidang penghasilan lagu.

“Saya ingin cuba sesuatu yang baru dan bakat dalam bidang penciptaan lagu, alang-alang menulis saya menyanyikan sendiri lagu berkenaan.

“Tapi ia tidak bermakna saya sudah keluar dari Forteen atau kumpulan itu sudah berpisah, tetapi ia adalah projek istimewa saya sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Izzue yang menggunakan nama komposernya IIAN mengakui menerima nasihat dan tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman.[embedded content]

Tag : Album Single , Berita Artis , Izzue Islam , Penyanyi , Video Artis

Carian yang berkaitan: