Jadikan Dapur Anda Sebagai Ruang Untuk ‘Beraksi’, Tip Ini Bakal Jadikan Anda Seorang Ibu Terhebat

Aktiviti memasak sememangnya menyeronokkkan, ianya adalah satu aktiviti untuk dikongsi dan diluangkan masa bersama ahli keluarga. Biar pun mempunyai anak kecil, kadang kala mereka boleh turut serta bersama untuk menyediakan juadah buat ahli keluarga.

Dari segi penyediaan bahan masakan pula, setiap orang mempunyai cara mereka yang tersendiri. Mungkin ada yang suka menyediakan di saat akhir, atau mungkin sahaja ada yang suka menyediakan awal-awal lagi, atau pun, hanya suka memasak, tetapi tidak suka membuat persediaan bahan masakan.

Walaubagaimana pun cara anda, mungkin sedikit kelainan ini, dapat membantu anda menjadi seorang juara di dapur anda. Seperti saudari Asmalini Ashri yang kongsikan tip buat wanita di luar sana, bagaimana anda boleh menjadi Masterchef terpantas. Jom kita tengok sikit, apa yang dikongsikannya.

TIPS NAK JADI MASTERCHEF TERPANTAS BAGI IBU-IBU HEBAT

Hari ni nak share, sambil duk tengok tv boleh kutip tips Free dari Puan Asmalini yg tak seberapa ni, pernah tak kita rasa, oh stressnya bila time nak masak. terus mai awan khayalan yang membayangkan yang kita kena fikir "HARI NI NAK MASAK APA", ibu-ibu selalu pening bab ni. Lagi-lagi bila kita buka je peti.. Haahhh!! ameekk, berselerak dengan bermacam jenis benda.

Dah kerja, balik mesti nak cepat je masakkan, sebab nak main-main dengan anak, tengok kerja sekolah anak and etc. banyak lah kerja ibu-ibu ni kalau nak list.

Dah-dah, satg lepas baca tips ni lap air mata and bina semangat baru ye, kita usahakan untuk pastikan family kita rasai setiap masa air tangan masakan seorang wanita terhebat ye

Kenapa pentingnya pengurusan peti yang bersistematik?

◆Mempercepatkan masa

Bila dah jadi surirumah dan ibu bekerjaya ni memang semua benda kita nak cepat je kan. Lagi-lagi part masak ni. Sebolehnya kita nak hidangkan makanan dengan air tangan kita kan.

Hanya ambil masa sejam je kat dapur dalam satu minggu untuk siapkan semua bekal-bekal ni. Mana lebih jimat, siapkan sepenuhnya atau siapkan semasa nak memulakan memasak? Pilihan ditangan anda

Suami and anak-anak pun happy je bila dapat bawa bekal p kerja and sekolah. Yang mana bahan mentah yang nak masak untuk pagi-pagi tu boleh letak kat bawah siap-siap untuk elak beku. Contoh, cincang siap-siap ayam, udang dan sotong untuk buat nasi goreng dalam satu bekas.

◆Lebih bersemangat nak memasak

Bila dah peti pun bersih, barang pun tersusun and senang nak ambil lagi lah menaikkan semangat kita nak memasak kan. Yang malas masak pun jadi rajin masak sebab jatuh cinta dengan peti sendiri. Haha

◆Tidak membazir dan alert kalau barang dah habis

Membeli ikut keperluan, so takdelah nanti istilah membazir. Tetiba sayur tak boleh guna dah. Layu, busuk and etc. Bila dah susun cantik-cantik macam ni, kita pun senang nak tahu yg mana dah habis. So boleh masuk senarai next pembelian.

Elakkan meletakkan di dalam peti

* Tomato - tekstur dan perisa akan berkurang

*
Bawang - isi tidak elok mudah rosak

*
Kentang - rasa kurang sedap

* Roti- mudah kering

*
Kopi- kurang perisa dan kopi boleh meresap bau yg ada pada peti

* Madu - berketul dan keras

* Sos - sebaiknya simpan di kabinet sebab ketahanannya lebih kurang 3tahun

Ni semua stock untuk satu minggu ye, sebab Lin memang jenis beli untuk satu minggu terus, senang and jimatkan masa. Dah tak payah nak keluar keluar banyak kali dah kan.

Nampak tak bertimbunnya stock ni? Agak-agak apa rupa peti kita kalau main sumbat je semua ni.

Haa. Ni sayur. Family kami memang wajib makan sayur ye. Masak apa pun, sayur memang tak tinggal. Sayur ni cuci dan potong siap-siap ye. Kalau Lin selalunya akan potong sayur untuk 3hari terus. Senang. Yang hari seterusnya tu, potong yang kali kedua. Yang penting dah siap cuci and asingkan.

Jangan main campak je dalam peti aihh ye. Nanti mulalah sayur tu layu ke sudah tak mkn. Hehe. Buat macam ni at least kita tau sayur dah nak habis and lebih terjaga.

Dah siap siap keluarkan barang yang kita beli tadi kat pasar, kita asingkan siap-siap lauk basah dan sayur-sayuran. Senang nak cuci semua ni kan.

Haa. Minggu ni, beli ayam , ketam and ikan. Tips membeli pun kena bijak jugak tau. Jangan main sambar je semua benda. Beli ikut apa yg kita target nak masak dalam minggu tu. So, ibu-ibu takdelah pening lagi nak pikir tiap hari nak masak apa kan.

Beli ikut keperluan, bukan kehendak. Elakkan pembaziran ye.

Cuci ke semua bahan mentah ni siap-siap potong terus. Kalau yang perlu dicincang halus ayam tu cincang siap-siap. Yela selalu untuk breakfast pagi kita nak cepatkn. So setelkan terus.

Tadaaaa.. nampak tak kita dah letakkan semua stock yang dibeli tadi dalam bekas-bekas. Haa.. mase ni lah nak guna bekas-bekas aiskrim, milo n etc yang ada duk dalam almari Tu kan. Hehe. Tak perlu bazir p beli bekas lain. Yg ni pun ok.

Letak sayur yang siap dipotong tu dalam bekas and bahan mentah pun letak dalam bekas siap-siap ye.

Bawang besar and lada kering terus kisar. Sebab ikut menu minggu ni, memang perlukan kedua-duanya. So kisar siap siap sonang koje den main campak je masak nanti. Hehe.

Best tak nampak tersusun mcm ni?

Fuhh.. dah siap dah menara suri rumah ni. Ni nak bawak p susun dalam peti. Agak-agak awak, macam mana peti kita kalau dah tersusun cantik bersistematik mcm ni ha? Berbanding tadi yang plan nak main sumbat je dengan plastic-plastik tu. Hoho

Susun bahan mentah dalam peti atas, pernah tak awak-awak letak ayam ke apa dalam plastik, then bila nak keluarkan dari peti ais, tetiba keras melekat kat peti??

Mesti mood nak masak down kan

Ni yang sayur-sayur tadi. Susun cantik cantik ye. Nak masak nanti tinggal ambik and campak je dalam kuali. Masterchef kan.. haruslah cekap and pantas. Tak gitu. Hee.

Sayur yang panjang-panjang. Letak dalam ni. Lapik bawah tu dengan kain. Nanti senang nk lap.

Tadaa. Gambar keseluruhan peti madam Lin ni haaa.. sebolehnya kita meminimumkan ruang yang ada. Jangan nak penuhkan peti. Pastikan bila kita buka peti, kita rasa sejuk je hati dan mata melihat. Hehe. Puan-puan, sejuk ke idok nampak peti saya?

Lepas ni takde dah nak marah suami kalau tersalah ambil sawi dan lobak merah. Hehe. Sebab senang sangat dah nk cari.

Malam ni suami request nak makan ayam goreng + sayur goreng tauhu.

Rasa-rasa berapa minit ambil masa nak masak ye kalau dah siap potong, cuci macam ni. Hehehe.

Harap tips ni boleh membantu ibu-ibu untuk lebih pantas didapur ye. Boleh LIKE , KOMEN & SHARE untuk manfaat kepada yg lain juga – Siakap Keli

BACA: Keluarkannya Sekarang, 12 Makanan Ini Tidak Sepatutnya Berada Di Dalam Peti Sejuk Anda

Incoming search terms:

loading...
loading...