Jamal Yunos Serbu Pusat Permainan Judi Elektronik Di Sekinchan

90 views

SABAK BERNAM - Datuk Seri Jamal Md Yunos bersama-sama puluhan pengikutnya hari ini menyerbu sebuah pusat mesin permainan judi elektrik di Pekan Sekinchan petang tadi.

Pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort itu membuat serbuan tersebut kira-kira jam 4 petang menyebabkan penjaga pusat dan beberapa pelanggan mereka bertempiaran lari.

Serbuan itu dibuat selepas resort miliknya itu dirobohkan semalam.

Menurut Jamal, terdapat kira-kira lima pusat media permainan judi elektrik di Sekinchan yang beroperasi tanpa dikenakan apa-apa tindakan penguatkuasaan.

"Di mana MDSB...saya dah hubungi majlis daerah, saya nak tengok mereka datang atau tidak untuk gempur pusat perjudian ini," katanya.

Jamal juga berkata, kerajaan negeri Selangor selalu bermain politik sehinggakan pusat judi dibiarkan berleluasa di Pekan Sekinchan.

"Resort saya yang jadi pusat pelancongan diroboh, tetapi pusat judi ini dibiarkan terus beroperasi," katanya.

Sehingga jam 6.30 petang tadi, Jamal masih menunggu kehadiran pihak berkuasa, bagaimanapun tiada kelibat pihak berkuasa di premis terbabit.  

Sumber: Sinar Online

Incoming search terms:

loading...
loading...