Keadaan Terkini Dahlan Zainuddin

207 views
Pada: Ahad, 18 Disember 2016
Berita Artis, Dahlan Zainuddin, Kesihatan, Pelakon Vateran,

Keadaan kesihatan penyanyi era 70-an, Datuk Dahlan Zainuddin, yang diserang penyakit angin ahmar sejak awal Jun lalu kini semakin pulih.

Isterinya, Datin Effa Rizan, 54, berkata, biduan berusia 75 tahun itu kini giat menjalani rawatan fisioterapi dua kali seminggu sejak dibenarkan keluar daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Oktober lalu.
Dahlan giat menjalani sesi fisioterapi dua kali seminggu.

“Alhamdulillah keadaannya menunjukkan perubahan positif walaupun ia agak perlahan kerana faktor usia.

“Buat masa ini suami saya dalam proses pemulihan dan perlu melakukan rawatan fisioterapi dua kali seminggu,” katanya.

Dahlan diserang angin ahmar pada 29 Jun lalu ketika berada di Perlis bagi menghadiri majlis buka puasa bersama anak yatim. -mStarOnline

Tag : Berita Artis , Dahlan Zainuddin , Kesihatan , Pelakon Vateran

Carian yang berkaitan: