Kekasih Terkini Dan Bakal Tunang Kaka Azraff?

484 views
Pada: Sabtu, 31 Disember 2016
Artis Bercinta, Genting Highland, Gossip Artis, Lan Kristal, Penyanyi, Rody Kristal,

Menurut sumber bernama Amat, memetik portal AstroGempak, difahamkan Kaka Azraff dan Rody dari kumpulan Kristal tengah berjalan berdua di Genting Highland baru-baru ini.

Kata Amat lagi, kedua-duanya kelihatan mesra seperti pasangan kekasih. Agak sukar untuk dibuktikan disebab sumber ini tidak mengambil gambar mereka berdua, namun Instagram Kaka dan Rody pula bercerita sebaliknya, mereka memuatnaik gambar masing-masing di Genting Highland.

Menurut laporan Media Hiburan, Kaka kini sedang rapat dan mengenali hati budi Rody. Siap ada berita yang mengatakan mereka berdua bakal bertunang lagi tau.

Kaka dan Rody sudah lama kenal antara satu sama lain. Kaka sendiri pun mengesahkan yang mereka sudah lama mengenali semenjak Kristal menjadi pemuzik pengiring bagi Ella tetapi mereka mula rapat sejak kebelakangan ini dan sedang mengenali hati budi.

Namun begitu, Kaka menafikan akan bertunang tidak lama lagi. Dia mengakui yang mereka dalam fasa mengenali diri masing-masing dan meminta agar semua pihak mendoakan yang baik-baik.

Tag : Artis Bercinta , Genting Highland , Gossip Artis , Lan Kristal , Penyanyi , Rody Kristal

Carian yang berkaitan: