Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India

404 views

Jadual Dan Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India. Satu lagi kejohanan hoki bertaraf antarabangsa sedang berlangsung. Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 edisi ke 11 ataupun Hockey Junior World Cup 2016 telah bermula dari 8 hingga 18 Disember 2016 di Lucknow, India. Pasukan remaja Malaysia di bawah bimbingan Jurulatih, Wallace Tan telah ditawarkan beraksi selepas pasukan Pakistan terpaksa menarik diri disebabkan oleh masalah visa. Berikut adalah keputusan perlawanan melibatkan Malaysia di Hoki Piala Dunia Remaja 2016. Siaran langsung perlawanan akan disiarkan di saluran Astro Arena 801, 802 HD, 810 dan 834 HD.

Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India

Jadual Dan Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India

Skuad remaja Malaysia telah diletakkan dalam Kumpulan B bersama 2 jaguh Eropah iaitu Belanda dan Belgium. Pasukan dari benua Afrika iaitu Mesir melengkapkan senarai pasukan. 16 pasukan beraksi dalam 4 kumpulan iaitu 4 pasukan setiap kumpulan. Pasukan akan beraksi di Stadium Major Dhyan Chand, Lucknow.

Berikut adalah senarai pasukan yang layak beraksi dalam kejohanan Piala Dunia Remaja 2016.

Kumpulan A

  • Australia
  • Argentina 
  • Austria
  • Korea Selatan

Kumpulan B

  • Belanda
  • Belgium
  • Malaysia
  • Mesir

Kumpulan C

  • Jerman
  • Sepanyol
  • New Zealand
  • Jepun

Kumpulan D

  • India 
  • England
  • Afrika Selatan
  • Kanada

Jadual Dan Keputusan Malaysia Di Hoki Piala Remaja Dunia 2016

Berikut adalah keputusan melibatkan pasukan remaja Malaysia di Kumpulan B.

  • 9 Disember 2016 (830 malam) – Malaysia vs Belanda : 2 – 7
  • 11 Disember (630 petang) – Malaysia vs Mesir : 0 – 0
  • 12 Disember (630 petang) – Malaysia vs Belgium : 0 – 0

* Waktu Malaysia

Dua pasukan teratas kumpulan akan layak ke suku akhir. Pasukan tangga ketiga akan beraksi dalam perlawanan klasifikasi 9 hingga 12. Manakala pasukan tangga keempat akan beraksi penentuan 13 ke 16.

Selamat beraksi buat skuar hoki remaja Malaysia di Kejohanan Hoki Remaja Dunia 2016 di India. Semoga pemain dapat beraksi dengan cemerlang.

Carian yang berkaitan: