Ketahui Negeri-Negeri Melayu Purba Yang Pernah Wujud Di Semenanjung Malaysia

Kita mungkin pernah mendengar akan kehebatan kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu pada ratusan tahun lalu terutamanya kerajaan Melaka.

Tetapi tahukah kita bahawa sebelum wujudnya kerajaan Melaka, semenanjung Tanah Melayu telah pun mempunyai pelbagai kerajaan-kerajaan hebat yang kini kebanyakkannya hilang.

Terbaru sejarah ini dilihat hampir kembali berjaya disingkap dengan penemuan pelbagai monumen bersejarah yang digali kembali, contoh terdekat ialah di Sungai Batu, Kedah di mana ahli Sains dan Ahli Sejarah berjaya menemui pelbagai bukti yang menyatakan Kedah Tua tertubuh sebelum tahun Masihi lagi.

Memetik tulisan The Ancient Malay Society yang tulang belakang mereka adalah ahli sejarah, mereka telah menceritakan serba sedikit tentang kisah kerajaan neger-negeri Melayu purba yang pernah wujud di Semenanjung pada satu ketika dahulu.

Menurut Syeikh Daud al-Fathani di dalam Tarikh Fathani, negeri Langkasuka itu asalnya adalah Kedah dan Patani, takluknya meliputi Ligor(Nakhorn Si Thammarat), Senggora(Songkhla), Jaya(Chaiya), dan ke selatan sehingga ke mulut tanjung yakni Temasek(Singapura). Inilah asal-muasal negeri Melayu lama. Langkasuka di Patani itu dikatakan wujud pada tahun 200 masihi oleh orang-orang Cina manakala yang di Kedah dinyatakan telah wujud lama sebelum masihi dikunjungi oleh orang-orang Cina.

Syeikh Daud juga menyatakan orang-orang Cina pada masanya menyatakan bahawa Langkasuka itu adalah negeri yang sama dengan Chihtu dan ia terletak di atas salah satu daripada tiga pulau-pulau yang dinamakan Langkasuka.

Hal ini bermakna catatan yang siap dikumpul pada tahun 1811 ini menepati catatan Sui Shih bahawa sempadan Chihtu bermula di Pulau Sangkar Ayam di Chumpon berdekatan Jaya. Di pedalamannya kelihatan pergunungan Langkasuka yakni banjaran yang berada di sebelah selatan Banjaran Tenasserim memanjang sehingga ke Perlis dpanggil Banjaran Nagara(Nakhorn atau Nakawan).

Kapal Sui kemudian ditunda oleh 30 kapal Chihtu ke ibukota Chihtu di Patani dalam tempoh satu bulan.

Langkasuka di Patani yang bermula selewat-lewat tahun 200 masihi diperincikan oleh Syeikh Daud telah beberapa kali bertukar agama daripada Hindu kepada Buddha dan dalam catatan Sui lawatan pada abad ke-enam masihi agama di sana dinyatakan mempunyai asas Buddhisme dengan pengaruh kultus Brahmin Hindu yang kuat.

Adat-istiadat istana dipegang oleh mereka ini. Cuma menariknya dalam tahun 400-an masihi Syeikh Daud menyatakan bahawa disamping orang Melayu mula dipengaruhi dakyah agama-agama keIndiaan mereka juga mendapati wujud masyarakat luar yang datang dengan agama Majusi, agama Nabi Isa dan agama Nabi Musa, kebanyakannya datang dari Teluk Parsi dan Hadhramaut-Yaman. Buddhisme dinyatakan telah masuk pertama kalinya ke Langkasuka sebelum meresap ke China.

Keturunan asal-muasal raja Langkasuka dipanggil Mahawangsa kemudian dalam tahun 750-an telah datang anak-anak raja Sriwijaya dari dinasti Sangjayawangsa Palembang membuka negeri Jaya dan berkahwin dengan anak-anak raja Mahawangsa dan pada waktu ini baru Patani mendapat nama dengan kisah Tok Tani. Cuma versi ini perlu dilihat kembali perkaitannya dengan versi Sejarah Melayu dan hikayat-hikayat Patani lainnya

500 tahun setelah itu yakni tahun-tahun 1200-an diriwayatkan pula satu peperangan besar antara Sriwijayawangsa dengan Sailendrawangsa di Jawa telah tercetus dan Patani masuk menjadi sekutu Sriwijaya dan akhirnya suatu perdamaian telah dimeterai oleh kedua-dua pihak dan pada waktu itu pengaruh Jawa mula masuk ke Semenanjung mewujudkan tiga lapisan kebudayaan Langkasuka dengan Melayu Palembang dan Jawa Sailendra.

Pada waktu itulah mula muncul permusuhan antara keluarga Melayu Islam di Patani dan Palembang dengan keluarga Melayu yang masih Buddha di Ligor dan Jaya yang masing-masing dikatakan tidak senang dengan dakwah Islam kerana dilihat menyaingi usaha pembangunan monumen Buddha di negeri mereka. -tm

Siakapkeli.my

Carian yang berkaitan: