Lelaki Paling Kotor Di Eropah Meninggal Dunia

74 views

Seorang lelaki yang dikatakan lelaki paling kotor di di Eropah, Ludvik Dolezal, 60, yang berasal dari Skrivany di Republik Czech dilaporkan telah meninggal dunia.

Ludvik sebelum ini dilaporkan menghidap penyakit suka membakar barangan dan kemudian menyapu abu di badannya menyebabkan seluruh tubuhnya setiasan hitam legam dan tidak mandi.

Mendiang yang berusia 60 tahun dilaporkan media tempatan mengembuskan nafas terakhir di sebuah rumah usang di sebuah ladang di sini.

Beliau sebelum ini hidup dengan wang bantuan kerajaan di mana wang berkenaan telah diserahkan kepada Datuk bandar kawasannya, tujuan tidak diserahkan kepadanya kerana takut dia membakar wang berkenaan.

Datuk bandar akan menyediakan makanan kepadanya setiap hari di kedai miliknya, namun apabila dia tidak datang ke kedai untuk mengambil makanan, mereka mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena lalu memeriksa keadaannya dan menemui mayat Ludvick di rumah usang itu.

Bedah siasat akan dijalankan ke atasnya namun setakat ini tiada aspek mencurigakan dalam kematiannya itu.

Ludvick yang pernah ditemuramah wartawan sebelum ini memberitahu yang dia mempunyai lapan adik beradik tetapi dia langsung tidak berhubung dengan mereka. - Siakapkeli.my

[embedded content]
loading...
loading...