Mabuk Laut? Pemuda Ini Kongsikan Petua Bagaimana Untuk Elak Dari Ianya Berlaku

Bagi mereka yang sering ke laut dalam, atau belayar di lautan, mereka sudah pasti tidak mempunyai apa-apa masalah dalam menikmati keindahan alam, menerusi sudut pandangan lautan. Ia adalah masa yang sangat bermakna, kerana dapat mencipta kenangan indah di hemparan biru.

Pabila bercuti pula, anda pasti ingin melawat ke pulau-pulau yang mempunyai lautan biru yang jernih, yang dipenuhi terumbu karang dan hidupan laut yang unik. Kalau dapat menyelam, keseronokan akan menjadi dua kali ganda, mana tidaknya, dapat lihat secara dekat alam laut yang mempersonakan itu.

Tapi, tidak siapa tahu, sebelum tiba ke pulau tersebut, mungkin ada di antara anda yang akan mengalami saat yang memeningkan, iaitu mabuk laut. Bila dah naik bot, dan bot terumbang-ambing akibat dari pukulan ombak, anda pasti akan rasa loya-loya, dan pening. Situasi ini pasti membuatkan hari anda menjadi suram, dan memenatkan.

Anda kini tidak perlu khuatir lagi, kerana menurut saudara Syed Amirul, terdapat beberapa tip yang anda boleh lakukan, bagi mengelakkan anda mabuk laut dengan teruk. Ini berdasarkan pengalamannya sendiri yang sering berulang-alik menaiki bot merentasi laut dalam, atas faktor kerja. Jom kita tengok tip yang dikongsikan.

Petua Elak Mabuk Laut

Mabuk laut memang sudah sinonim dengan perjalanan karier geng offshore. Begitu juga saya, pastinya setiap kali naik dan turun kapal, saya mabuk.

Badan lemah dan muntah-muntah adalah perkara biasa apabila mabuk. Kebiasaanya jika naik boat di Terengganu untuk ke kapal, tempoh masa di ambil sekitar 8 ke 12 jam. Manakala di India biasanya saya akan berada di dalam boat lebih sehari, paling lama 33 jam di atas boat.

Selepas beberapa ketika, saya sedar yang saya jenis yang mudah mabuk. Pernah satu ketika , saya mabuk di dalam boat ketika bergerak dari kapal ke pelantar yang hanya mengambil masa kurang 1 jam. Hmm. Hanya orang yang mabuk sahaja boleh faham perasaan orang mabuk.

Oleh itu, setiap kali sebelum naik boat saya akan siapkan diri dengan rapi.

Ini yang biasa saya lakukan:

Sehari sebelum saya pastikan akan kurang tidur. Dengan harapan masuk kapal terus lena.

2-3 jam sebelum naik boat saya akan makan sampai kenyang. Ini untuk elakkan perut masuk angin. Saya jenis yang perut masuk angin, confirm mabuk.

Sejurus naik kapal saya telan pil. Biasanya saya akan standby 1 papan. Untuk trip yang lebih 1 hari, pastinya saya akan telan 2-3 biji, kadar dos 1 biji untuk 8 jam.

Masuk dalam boat saya terus mencari port baik biasanya barisan depan / tengah. Memang saya elakkan barisan belakang, sebab tidur akan terganggu orang keluar masuk.

Saya akan pastikan membawa makanan i.e cokat, biskut. Jika turun kapal, memang saya akan rembat dulu makanan yang ada. Haha. Atas boat, makanan yang disediakan ala kadar. Seperti di India, yang disediakan hanyalah nasi putih, capati, dhal dan sayur yang saya tengok pun tiada nafsu.

Saya akan elakkan untuk ke bahagian bawah boat, biasanya bila turun bawah confirm terus mabuk. Saya pun tidak pasti kenapa.

Biasanya air cond di dalam boat memang sejuk menggigil. Tetapi kadang-kadang peluh jantan menitik. Masa ini memang dengan pantas saya keluar ke deck. Lambat sedikit pasti muntah. Kena hirup udara segar.

Abang-abang offshore lain, boleh share sikit petua yang selalu anda gunakan untuk elak mabuk? Jika abang-abang otai pancing nak berkongsi petua pun bagus juga

– Siakap Keli

Carian yang berkaitan: