Maria Tunku Sabri bidas Nur Fathia..

Pada: Khamis, 8 Disember 2016


Berita Artis, Fathia Latiff, Instagram, Maria Tunku Sabri, Pelakon, Pengacara TV, Pramugari,


Tindakan aktres Nur Fathia Latiff memuat naik gambar seorang pramugari yang enggan mengangkat begnya telah menimbulkan reaksi banyak pihak termasuk beberapa rakan artis yang pernah bekerja sebagai kru kabin penerbangan.

Personaliti TV3 yang pernah memegang jawatan Ketua Pramugari MAS (1988 sehingga 1996), Maria Tunku Sabri, 46, menganggap tindakan aktres tersebut menyalahkan pramugari yang enggan mengangkat begnya ke dalam kompartmen sebagai perkara yang tidak wajar dilakukan.

Jelas Maria tugasan untuk membantu penumpang mengangkat beg ketika berada dalam pesawat hanya kepada mereka yang kurang berkemampuan sahaja.


"Tugas untuk membantu penumpang untuk angkat beg tiada dalam prosedur skop kerja kru penerbangan. Perkara itu dilakukan hanya atas budi bicara mereka sahaja dan saya percaya perkara-perkara itu ada ditulis dalam penerbangan" jelas Maria memetik mStar Online



Bagaimanapun, Fathia sudah memadam foto pramugari berkenaan selepas menerima kecaman netizen yang tidak berpuas hati namun ia berjaya diviralkan oleh netizen.

Dalam pada itu, Maria menambah, sebagai selebriti yang berpelajaran, aktres tersebut seharusnya lebih peka dan pandai untuk membawa diri ketika berada di dalam penerbangan.


Tag : Berita Artis , Fathia Latiff , Instagram , Maria Tunku Sabri , Pelakon , Pengacara TV , Pramugari

Scroll to top