Merancang Untuk Ke MAHA 2016, Tip Ini Boleh Membantu Anda Dalam Memudahkan Kunjungan Anda Ke Sana.

Bila mana ada sahaja pameran yang berlangsung, sudah semestinya ia akan menarik ramai orang untuk ke sana, lebih-lebih lagi jika ianya berlangsung pada hujung minggu, atau pun pada cuti yang panjang. Di kesempatan inilah, ramai orang akan mengambil peluang ini untuk meluangkan masa bersama keluarga, di samping mengunjungi pameran yang ada.

Di negara kita sendiri juga mempunyai pelbagai pameran atau hari untuk meraikan sesuatu majlis dalam pada masa yang sama memberikan peluang kepada pengunjung untuk mengenali lebih dekat dengan satu-satu produk atau pameran.

Seperti yang sedang berlangsung pada masa kini, iaitu Pameran Pertanian, Hortikultur, dan Agro Pelancongan Malaysia, atau lebih dikenali sebagai Malaysia Agriculture, Horticulture, and Agrotourism, MAHA, yang menghimpunkan pameran pertanian dalam satu tempat. Bagi mereka yang merancang untuk melawat ke MAHA, admin kongsikan beberapa tip yang boleh membantu kelancaran perjalanan anda ketika berada di sana, hasil perkongsian dari saudari Ummul Amira Omar. Jom kita baca perkongsiannya.

Tips ke MAHA 2016

1. Pakai flat shoes/sport shoes/sandal. No high heels please. Kesian tengok adik-adik yang pakai kasut tinggi day 1.

2. Bawa payung

3. Kalau bawa anak kecik bawa carrier@stroller

4. Kena ready mental dan fizikal untuk berjalan sikit.

5. Macam tak sesuai nak bawa mak ayah yang dah tua bertongkat berjalan di MAHA. Kesian tengok. Tapi kalau ada kerusi roda ok.

6. Makanan dan air banyak dijual. Tak payah bawa bekal.

7. Bawa baby wipes kot2 emergency anak-anak buang air dan ada toilet air perlahan

8. Bagi muslimah, Bawa telekung sendiri senang. Telekung sangat limited dan orang ramai.

9. Make sure hari yang plan untuk ke MAHA tiada plan lain-lain lepas itu. Biar sehari suntuk di sana so tak la rushing-rushing. Boleh jalan dan rehat dekat mana-mana. Jalan lagi dan makan pula, solat dan baru balik..

10. Kalau rasa nak shopping banyak, nak beli pokok ke..etc..bawa troli siap-siap. Troli or bakul pasar pun ok

11. Jangan segan makan tester. Alang-alang dekat MAHA, rasa je tester yg usahawan bagi.

12. Parking for visitor RM5. Bayar di pintu nak keluar nanti

13. Kalau nak beli makanan dulu, boleh park dengan masuk dari pintu yang dekat Hospital Serdang. Tapi kalau nak beli pokok-pokok dan jalan-jalan ke taman-taman rumah Mokcun, Kampung Durian Runtuh Upin Ipin, parking di pintu besar highway dari Puchong menghala ke Bangi tu.

14. Mana-mana anak-anak kecil yang jenis kencing tak boleh tahan, elok dipakaikan pampers. Takut nak ke toilet nanti jauh sikit nak jalan.

15. Bawa beg besar sikit. So barang-barang dibeli boleh sumbat dalam 1 beg. Tapi ada trolley lagi bagus

16. Make sure anak dalam pengawasan kita. Dok dengar ada anak hilang masa di surau tadi.

Trem selalu penuh. Kalau rasa tak larat jalan, park yang hujung-hujung parking lot. So di trem nanti kita nak naik ada la tempat duduk. Kalau park depan-depan trem penuh, depa bye-bye je kita nanti. Along mmg jalan kaki parking jauh atau dekat, tidak apa-apa, exercise. Mak buyong memang da lama tak jalan-jalan jauh ni. Datang awal pagi pun tak apa, 9 pagi dah siap parking. Nanti pergi pun dengan hati yang tenang.

Ok.selamat mencuci mata di MAHA 2016

Carian yang berkaitan: