"Mungkin Bagi Anda Meme Gambar Saya Nampak Kelakar, Tapi Bagi Saya Rasa Amat Sedih Dan Terkilan," – Lizzie Velasquez

Sejak kebelakangan ini meme yang memaparkan watak lelaki atau wanita yang kurang cantik yang ditulis mencari seseorang yang diletakkan nama dan menyatakan supaya ‘mention’ nama rakan menjadi trend di media sosial.

Ianya juga telah merebak ke Malaysia dengan pelbagai gambar diedit dan ditulis di mana ia dilakukan secara suka-suka.

Namun tahukah anda sebenarnya trend ini tanpa kita sedar ada menyakitkan hati orang lain yang gambarnya dijadikan mangsa.

Terbaru, sebuah page daripada luar negara telah menggunakan gambar seorang wanita bernama Lizzie Velasquez menyebabkan dia rasa kecewa dan malu.

Jom baca luahan beliau di laman Facebooknya.

Baru-baru ini saya telah melihat satu meme seperti ini di Facebook, saya menulis ini bukanlah semata-mata kerana saya menjadi mangsa, tetapi mewakili mereka yang gambarnya diedit dan dimalukan.

Waktu sekarang memang sudah lewat malam, saya menaip (luahan) ini sebagai peringatakan bahawa gambar orang tidak bersalah sedang digunakan sebagai meme dan mungkin ketika ini mereka masih belum tidur dan sedang melayari Facebook. 

Bayangkan kalau mereka ternampak gambar mereka sendiri yang dipergunakan seperti ini? 

tidak kiralah bagaimana rupa wajah kita, saiz badan kita, apa yang pasti kita semua adalah manusia. Saya memohon kepada semua, agar sentiasa berfikir apabila ternama gambar meme yang terkandung wajah orang yang tidak dikenali. Pada masa anda merasakan ia kelakar, tetapi manusia dalam gambar itu mungkin merasa sebaliknya.

Sebarkan tulisan ini agar kita sedar dan tidak menyakitkan hati orang lain.

Kerana luahan dia itu, ramai yang tersentuh hati melihat beliau menjadi mangsa orang yang tadak bertanggungjawab, mereka telah menyebarkan status berkenaan.

Ketahuilah, bagi kita mungkin ianya lawak dan sekadar berhibur, tapi bayangkan kalau dalam gambar itu adalah anda atau ahli keluarga anda?. – Siakapkeli.my

Carian yang berkaitan: