Peragut Cedera Ditembak Pengawal Peribadi Datuk Selepas Ragut Rantai Emas Seorang Wanita

Kuala Lumpur, 2 Dis: Seorang peragut yang meragut rantai emas seorang wanita cedera selepas ditembak oleh pengawal peribadi seorang Datuk dalam kejadian di Taman Sri Manja di sini hari ini.

Sumber NST memberitahu, suspek yang berusia 21 tahun itu cuba melarikan diri menggunakan sebuah motosikal dengan rakannya selepas meragut.

Bagaimanapun, dia ditembak oleh pengawal peribadi tersebut dan cedera di bahu kanan. Rakannya pula cedera di kaki kanan selepas jatuh dari kenderaan terbabit.

"Pengawal peribadi dan majikannya itu memandu di jalan yang sama ketika mereka ternampak insiden itu dan mengejar (peragut) sebelum melepaskan tembakan.

"Tembakan itu mengenai suspek yang sedang membonceng, menyebabkan motosikal mereka terbabas dan terjatuh di bahu jalan", katanya.

Sumber itu juga berkata bahawa orang ramai yang lalu lalang memberkas suspek dan rakannya sebelum menyerahkan mereka kepada polis.

Menurut sumber juga, polis sudah mengambil keterangan dari pengawal peribadi dan Datuk itu untuk membantu siasatan.

Sumber : NST

loading...
loading...