Perkembangan Terkini Kandungan Syatilla, Jantina Kandungan?

66 views
Pada: Rabu, 28 Disember 2016
Artis Mengandung, Berita Artis, Hamil, Pelakon, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin,

Menghampiri lima bulan usia kandungan, pelakon Syatilla Melvin mula berehat dan tidak melakukan kerja berat. Isteri Shaheizy Sam itu juga mengakui tidak berdepan masalah sepanjang proses kehamilan, termasuk mengidam benda yang bukan-bukan.

"Alhamdulillah, ketika ini, semuanya lancar. Tidak ada apa-apa yang teruk ketika hamil. Saya tak teringin atau mengidam makanan yang bukan- bukan.

"Cuma berat badan saya paling ketara naik. Sebelum ini, memang susah nak naik. Dulu nak cecah 50 kilogram pun ambil masa. "Sekarang, berat badan saya sudah naik jadi 59 kilogram," katanya yang dijangka bersalin pada mei depan.

Mengenai jantina, jelas Syatilla, beliau dan suami tidak kisah dengan jantina anak yang bakal dilahirkan. Namun, katanya, melihat pada keadaan sekarang, beliau bakal melahirkan anak lelaki. -BharianOnline

Tag : Artis Mengandung , Berita Artis , Hamil , Pelakon , Shaheizy Sam , Syatilla Melvin

Incoming search terms:

loading...
loading...