Pesawat Tentera Rusia TU154 Disahkan Terhempas, Serpihan & Mayat Sudah Mula Ditemui

Pesawat tentera Rusia TU-154 disahkan terhempas di Laut Hitam, kata kementerian pertahanan Rusia.

Pengesahan itu dikeluarkan selepas pesawat yang membawa 84 penumpang dan lapan kru itu dilaporkan hilang dari radar 20 minit selepas berlepas ke Syria.

Kebanyakan penumpang dalam pesawat itu adalah pemuzik dari kumpulan koir tentera Rusia, Alexandrov Ensemble.

Pesawat itu dalam perjalanan dari Moscow ke Latakia, Syria.

Menurut CNN, pesawat terbabit mendarat di lapangan terbang Adler di Sochi untuk mengisi minyak.

"Serpihan T-154 ditemui 1.5km dari pantai Laut Hitam di bandar Sochi pada kedalaman 50 ke 70 meter.", kata kementerian itu dalam satu kenyataan

Sputnik melaporkan, kementerian pertahanan telah mengesahkan mayat pertama ditemukan 6KM dari persisir pantai Sochi.

"Satu mayat yang maut dalam nahas pesawat Tu-154  telah ditemui 6km dari persisir pantai Sochi. Mayat itu telah dinaikkan oleh kenderaan penyelamat", kata kementerian itu.

Sumber: CNN, Sputnik

Incoming search terms:

loading...
loading...