Piala AFC 2017 Jadual Keputusan Dan Kedudukan Terkini

191 views

Piala AFC 2017 Jadual Keputusan Dan Kedudukan Terkini. Kejohanan bolasepak kelab Asia iaitu AFC Cup 2017 akan kembali lagi pada Februari depan. Malaysia akan diwakili oleh JDT dan Felda United. Undian rasmi Piala AFC 2017 Peringkat Kumpulan bersama undian Asian Champions League (ACL) akan diadakan di Malaysia pada 13 Disember 2016 menurut Sumber AFC. Cabutan undian akan diadakan di Hotel Hilton, Petaling Jaya, Selangor pada hari Selasa bermula jam 230 petang. Untuk makluman, Piala AFC (AFC Cup) 2017 akan dilaksanakan dalam format baru kejohanan.

keputusan AFC Cup 2017

Peraturan Baru AFC Cup 2017 Terkini

Sebanyak 36 pasukan akan beraksi dalam peringkat Kumpulan Piala AFC 2017. Kelab-kelab yang layak akan dibahagikan kepada lima (5) zon iaitu seperti berikut :-

  1. Zon Asia Barat: 12 pasukan
  2. Zon ASEAN: 12 pasukan
  3. Zon Asia Tengah: 4 pasukan
  4. Zon Asia Timur: 4 pasukan
  5. Zon Asia Selatan: 4 pasukan

Sebanyak 36 pasukan yang bersaing akan diundi berdasarkan kepada Zon mereka. Sebanyak 9 Kumpulan dengan 4 pasukan satu kumpulan akan dibahagikan seperti berikut :-

  • Asia Barat dan ASEAN : 3 kumpulan
  • Asia Tengah, Timur Dan Selatan : 1 kumpulan setiap zon

Pasukan dari Malaysia (JDT dan Felda United) akan berada dalam Zon ASEAN dan bakal beraksi menentang pasukan dari rantau yang sama. Berikut adalah senarai pasukan mengikut zon :-

Zon Asia Barat

  • Al Zawraa Club, Air Force Club (Iraq)
  • Al Jaish, Al Wahda (Syria)
  • Al Wehdat or *Al Jazeera, Al Ahli (Jordan)
  • Al Hidd Club, Muharraq Club (Bahrain)
  • Safa SC, Nejmeh SC (Lebanon)
  • Saham (Oman)
  • One West Play-off winner

Zon Asean

  • Hanoi T&T or *SHB Da Nang, Than Quang Ninh (Vietnam)
  • Johor Darul Ta’zim or *Kedah FA, Felda United (Malaysia)
  • Yadanarbon FC or *Yangon United FC, Magwe FC (Myanmar)
  • Global FC or *Loyola Meralco Sparks FC, Ceres Negros FC (Philippines)
  • Tampines Rovers FC or *Geylang International FC (Singapore) 
  • Lanexang United FC (Laos)
  • Two ASEAN Play-off winners   

Zon Asia Selatan

  • JSW Bengaluru FC or *Kingfisher East Bengal (India)
  • Maziya S&R (Maldives)
  • Albani Dhaka Limited (Bangladesh)
  • One South Play-off winner

Zon Asia Tengah

  • FC Istiklol (Tajikistan)
  • Altyn Asyr FC (Turkmenistan)
  • FC Alay (Kyrgyzstan)
  • One Central Play-off winner

Zon Asia Timur

  • 4.25 SC (DPR Korea)
  • Rovers FC (Guam)
  • Taipower Company (Chinese Taipei)
  • One East Play-off winner

*Kelab yang berada dalam pasukan 'stand-by' jika pasukan utama dari negara masing-masing layak ke kejohanan ACL 2017.

Keputusan Undian Kumpulan Piala AFC 2017

  • Akan dikemaskini selepas undian pada 13 Disember 2016

Semoga kita dapat menyaksikan kelab dari Malaysia beraksi cemerlang di AFC 2017 kali ini. Jika JDT gagal layak ke ACL 2017, mereka akan beraksi di kejohanan ini. JDT pernah menjuarai kejohanan ini pada tahun 2015 tetapi tewas di peringkat separuh akhir pada tahun 2016.

Incoming search terms:

loading...
loading...