Posting Hina Agong: Pemilik Akaun Facebook Tetap Akan Disiasat Biarpun Sudah Membuat Permohonan Maaf Terbuka, Kertas Siasatan Sudah Dibuka – Jailani Johari

KUALA BERANG: Individu yang menghina Yang di-Pertuan Agon ke-15, Sultan Muhamad V pada Rabu lalu tetap akan disiasat oleh kerajaan biarpun dia sudah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johori berkata, kertas siasatan tentang perkara itu sudah dibuka sebaik sahaja Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima laporan rasmi pada hari yang sama.

Katanya lagi, biarpun pemuda itu sudah membuat permohonan maaf terbuka pada Sabtu, siasatan tetap akan dijalankan.

Pemuda itu tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang termasuk didakwa mengikut Akta Komunikasi atau Kanun Acara Jenayah oleh Polis Diraja Malaysia,” katanya

Sumber: BH Online

Carian yang berkaitan: