Raja Salman Isytihar Batal Yuran Visa Bagi Haji & Umrah

100 views


RIYADH – ARAB SAUDI. – Raja Salman mengisytiharkan pembatalan yuran visa bagi umrah dan haji bermula pada tahun ini.

Perkara itu dibuat susulan protes dari rakyat Mesir dan umat Islam di negara lain berikutan yuran visa itu yang disifatkan mahal.

Perkara itu diumumkan oleh Ahli Jawatankuasa Tinggi untuk Haji dan Umrah, Nasir Toruk, lapor akhbar Alborsa News.

Selain itu, Arab Saudi juga akan memberikan dua visa kepada setiap syarikat berlesan yang bekerja dalam bidang haji dan umrah.

Sementara itu, pihak berkuasa Arab juga turut menggesa orang Mesir untuk menubuhkan satu badan yang mengawal syarikat-syarikat di sini khusus dalam sektor pelancongan agama.

Bekas Ketua Jawatankuasa Pelancongan Agama, Basel Al-Sisi mengatakan bahawa pembatalan caj ini akan memberikan kesan positif kepada sektor pelancongan agama.

Ia merupakan langkah positif ke arah yang betul,” katanya kepada wartawan.

Sumber: Sinar Online

Carian yang berkaitan: