Sedang Mengalami 10 Situasi Ini Di Tempat Kerja, Anda Mungkin Menjadi Mangsa Buli Oleh Rakan Sekerja

Buli, perkataan yang cukup sinonim bagi situasi di mana seseorang yang dipermainkan, atau disisihkan oleh individu lain hanya kerana untuk melepaskan marah, atau cemburu. Ia adalah perbuatan yang sangat tidak bermoral, yang mana akan menyebabkan mangsa menjadi tidak yakin, dan sentiasa berada dalam ketakutan.

Bagi situasi buli, kita sering mendengar ianya berlaku kepada kanak-kanak, juga remaja, sama ada di tempat belajar, atau alam maya. Namun, tahukah anda, buli boleh sahaja berlaku kepada orang dewasa, dan mereka yang telah bekerja.

Bagaimana pula sesuatu perkara itu dikatakan sebagai buli buat mereka yang telah bekerja? Menerusi dari perkongsian laman Forbes, terdapat 10 tanda yang menunjukkan anda mengalami situasi buli di tempat kerja. Mari kita ketahui tanda-tanda buli di tempat kerja.

10 Tanda Anda Telah Dibuli Di Tempat Kerja

Buli bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah. Menurut pakar, anda mungkin telah mengalami situasi dibuli, jika perkara sebegini berlaku kepada anda.

1. Kerja Itu Menyesakkan

Jika anda sering merasakan loya-loya, juga panik malam sebelum pergi ke tempat kerja, ia adalah salah satu tanda anda sedang berhadapan dengan situasi dibuli di tempat kerja.

Menurut pakar, sedang orang lain bersemangat untuk ke tempat kerja, tetapi tidak buat anda, ia ada berkait rapat dengan apa yang anda rasakan sewaktu di tempat kerja, seperti ada aura negatif.

2. Sentiasa Dikritik

Buli boleh sahaja terjadi, bila mana anda sering kali dikritik, atau dipersalahkan dengan tugasan yang dilakukan. Ianya termasuk jika tugasan tersebut adalah terbaik yang telah anda lakukan.

Bukan bermaksud kerja anda tidak bagus, tetapi bila mana situasi sama berulang, ia seperti memang sengaja untuk mencari salah anda.

3. Lebih Banyak Ditengking Dari Berbincang

Bagi mereka yang kaki buli, jeritan atau tengkingan menjadi salah satu alat mereka untuk menyatakan ketiakpuasan terhadap anda. Jika anda sering kali dimalukan dihadapan semua orang, dengan tengkingan atau makian, anda kemungkinan sedang dibuli.

4. Kesilapan Yang Tidak Dilupakan

Semua pernah melakukan kesilapan, tetapi jika bos atau rakan sekerja anda sering menjadikan kesilapan lama anda sebgai bahan untuk menyalahkan anda, anda sememangnya sedang dibuli.

Bukan itu sahaja, anda akan menjadi kambing hitam buat mereka, hanya kerana kesilapan lampau, bukan atas dasar tugasan yang sedang diperbincangkan.

5. Cakap Belakang Dan Juga Fitnah

Pembuli yang tegar ini, akan bermain dengan emosi dan juga perasaan mangsa mereka. Akan timbul gosip, atau kata-kata yang tidak sedap didengar tentang diri anda, dan juga prestasi kerja anda.

Jika ia beterusan, dan anda tahu gosip tersebut adalah palsu, ia membuktikan rakan sekerja anda tidak berpuas hati dengan anda, dan sedang membuli diri, serta emosi anda.

6. Disisihkan (Mesyuarat atau Majlis Syarikat)

Jika anda rasa seperti dipulaukan atau disihkan oleh bos atau rakan sekerja anda, ia sememangnya bukti anda sedang dibuli. Pakar menyatakan, sama ada anda dipindahkan ke ruang kerja yang lain, atau tidak dijemput ke apa sahaja majlis syarikat, ia merupakan salah satu agenda pembuli anda.

7. Masa Cuti Untuk Mengenang Nasib

Anda menggunakan masa cuti anda, hanya terperap di rumah, dan mengenang nasib dengan menonton cerita-cerita sedih, serta memencilkan diri anda. Perkara ini juga akan menyebabkan, keluarga juga rakan sakit hati, dan bosan dengan perangai anda itu.

8. Sabotaj

Anda mungkin disuruh oleh pembuli untuk menjawab panggilan telefon, atau mungkin juga melakukan kerja-kerja pengkeranian, yang mana hanya untuk membuatkan anda gagal dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh pihak atasan.

Perkara sebegini akan membuatkan anda dipandang serong oleh majikan, dan anda kelihatan seperti seorang yang tidak boleh melakukan tugasan dengan baik.

9. Jadual Kerja Tidak Masuk Akal

Bagi mereka yang tidak berpuas hati dengan anda, menukar jadual kerja anda adalah kerja mudah buat mereka, demi membuatkan anda terbeban dengan tugasan. Begitu juga dengan bos, yang mana sering memberikan tugasan pada saat akhir, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan anda, ianya membuktikan anda telah dibuli.

10. Kerja Yang Sia-Sia

Penat bekerja siang dan malam, balik lambat, tidak cukup tidur demi menyiapkan tugasan yang diberikan, seorang diri, tapi, bila sudah berjaya, dipersetujui oleh bos dan klien, orang lain yang dapat nama dan pujian, anda pula, seperti biasa, tidak diendahkan.

Jika anda mengalami situasi seperti ini, jangan diamkan diri, jika tidak mampu untuk melawan mereka, luahkan pada sahabat atau keluarga, kerana jika dipendamkan, anda mungkin akan mengalami kemurungan. Bekerjalah dengan hati yang gembira. – Siakap Keli

Incoming search terms:

loading...
loading...