Stacy Selalu Marah Ketika Mengandung – Akim

299 views
Pada: Rabu, 21 Disember 2016
Akim AF, Artis Mengandung, Berita Artis, Hamil, Penyanyi, Stacy, Suami Isteri,

Sejak hamil anak sulung, penyanyi terkenal Akim Ahmad memberitahu, isterinya, Stacy mengalami perubahan sikap apabila selalu marah tanpa sebab tertentu. Menurut Akim, Stacy adakalanya boleh menjadi emosi tanpa sebab sebaik sahaja bangun dari tidur hingga menyebabkan dia menjadi tempat Stacy melepaskan kemarahan.

Pun begitu, penyanyi lagu Mewangi ini memahami perubahan sikap isterinya itu selain menjadikannya individu yang lebih bersabar.

“Sebenarnya situasi ini membolehkan saya belajar untuk bersabar dan mengawal keadaan. Saya faham dia bersikap sedemikian kerana mengandung,” katanya dipetik Harian Metro.

Tag : Akim AF , Artis Mengandung , Berita Artis , Hamil , Penyanyi , Stacy , Suami Isteri

Carian yang berkaitan: