Sudah Bayar RM44,500 Untuk Beli Rumah Lelong, Tapi Batalkan Niat Selepas Tahu Pemilik Rumah Susah, Sedekahkan Semua Duit Deposit

Sungguh mulia hatimu wahai Mr. Lee Hui Sen, itulah yang boleh admin katakan apabila terbaca sebuah pos yang dimuatnaik oleh Siti Na'imah Mohamed ke laman Facebooknya.

Beliau telah mengambil gambar surat berkenaan yang diperolehinya daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia di mana surat berkenaan adalah surat Mr. Lee Hui Sen kepada pemilik rumah lelong yang hendak dibelinya.

Namun semasa datang melawat rumah itu beliua telah terpadang sesuatu menyebabkan dia tidak jadi meneruskan hasratnya dan tidak mahu ambil wang sebanyak RM44,500 di mana wang berkenaan diserahkan kepada pemilik rumah berkenaan.

Jom baca.

Dear Mr. Lee Hui Sen, you mr, have a heart of gold. Saya harap posting ini sampai kpd anda atau ahli keluarga anda.

Anda tidak kenal keluarga ini, tp anda ambil keputusan yg sangat berani untuk membantu mereka.
RM44,500 bukan sedikit.

Dan saya difahamkan anda sendiri bukanlah dari golongan kaya raya.

Semoga #leehuisen sekeluarga sentiasa sihat dan bahagia.

Semoga kita semua dikurniakan hati sebaik encik ini.

Apa yang terjadi sebenarnya sehingga rumah itu akan dilelong?

Terima kasih Mr. Lee Hui Sen, hati anda memang mulia, harap anda terbaca artikel ini. - Siakapkeli.my

loading...
loading...