Syarat Kelayakan BR1M 2017

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2017. Pasti ramai pemohon bantuan yang ingin mengetahui syarat kelayakan BR1M 2017 untuk permohonan baru. Berikut dikongsikan syarat permohonan BR1M meliputi syarat asas, syarat pendapatan dan umur. Untuk makluman, pendaftaran untuk permohonan baru dan kemaskini BR1M telah dibuka mulai 5 hingga 31 Disember 2016. Tarikh pembayaran pertama adalah pada pertengahan Februari 2017. Pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan syarat kelayakan sebelum membuat permohonan bagi mengelakan permohonan gagal atau ditolak. 
syarat mohon br1m 2017

Syarat Kelayakan BR1M 2017


Berikut adalah senarai syarat kelayakan permohonan BR1M 2017 yang dikongsikan dari Laman Web Rasmi e-BR1M. Pemohon yang layak untuk memohon bantuan perlulah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-
  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja

  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal  serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan  jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah

  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

  5. Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar

Salinan Dokumen


Dokumen yang perlu disertakan bersama Borang BR1M 2017 meliputi salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika berkaitan) seperti berikut:-
  1. Pengenalan (MyPR / MyKid / Pasport / Sijil Lahir)

  2. Sijil perceraian pemohon / sijil kematian pasangan bagi pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda

  3. Sijil perceraian / sijil kematian ibu atau bapa tanggungan dan sijil lahir tanggungan (bagi kategori bujang ada tanggungan)


Untuk maklumat lanjutan berkaitan soalan lazim permohonan BR1M 2017, anda boleh merujuk kepada FAQ Permohonan.

 
Selamat membuat permohonan BR1M 2017. Semoga anda berjaya dalam permohonan bantuan ini.
Scroll to top