Terkini: Duta Rusia Ke Turki Disahkan Maut Selepas Ditembak, Rakaman Siaran Langsung Papar Beberapa Das Tembakan Dilepaskan

Ankara, 19 Dis – Duta Rusia ke Turki, Karlov, yang ditembak dalam satu serangan dipercayai cubaan bunuh telah disahkan meninggal dunia.

Baca: Duta Rusia ke Turki Cedera Ditembak Dalam Satu Cubaan Bunuh

Karlov ditembak ketika dia ingin menyampaikan satu ucapan di sebuah pameran foto di Ankara.

Menerusi rakaman siaran langsung pameran foto itu yang dikongsi oleh wartawan, kelihatan penembak melepaskan beberapa das tembakan ke bahagian dada Karlov sebelum duta itu jatuh ke lantai.

Menurut TV tempatan, penyerang itu telah pun ditembak mati oleh polis.

Selain itu, penembak itu juga dikatakan memasuki ke pameran itu menggunakan identifikasi polis.

Sumber: Mirror