Terkini: PBB Lulus Resolusi Tuntut Israel Segera Hentikan Aktiviti Penempatan Di Kawasan Jajahan Palestin

24 Dis - Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini meluluskan resolusi menggesa agar Israel menghentikan dengan kadar segera aktiviti pembinaan penempatan di kawasan jajahan Palestin.
Lapor portal RT.com, kesemua ahli majlis menyokong resolusi tersebut kecuali Amerika Syarikat yang mengambil keputusan berkecuali dari mengundi.
Resolusi itu diperkenalkan kepada Majlis Keselamatan PBB oleh New Zealand, Malaysia, Venezuela dan Senegal pada Jumaat.

Pelulusan resolusi itu dilihat sebagai satu tamparan hebat buat Israel. Malah, tindakan AS mengambil keputusan berkecuali juga dilihat satu tindakan yang mengejutkan.

Sebelum ini, presiden dipilih AS, Donald Trump, menggesa agar negaranya menolak resolusi terbabit.
"Resolusi yang sedang dipertimbangkan di Majlis Keselamatan PBB berkaitan Israel perlu ditolak
"Seperti mana yang dikekalkan AS, perdamaian Israel dan Palestin hanya boleh berlaku menerusi rundingan langsung antara kedua-dua pihak dan bukan menerusi pelaksanaan syarat oleh PBB," katanya. - AFP

Incoming search terms:

loading...
loading...