Tidak Mahu Bersesak Di Farmasi Hanya Untuk Mengambil Ubat? Pegawai Farmasi Ini Kongsikan 4 Cara Mudah Untuk Mendapatkan Ubat

Selepas berjumpa doktor, sudah semestinya anda akan perlu ke bahagian farmasi untuk mendapatkan ubat yang telah ditetapkan oleh doktor. Namun begitu, seperti kebiasaan, anda sudah tahu, anda perlu sekali lagi menunggu hanya untuk mengambil ubat sahaja, dan ianya kadang kala memakan masa yang agak lama.

BACA: “Nak Ambil Ubat Dekat Farmasi Pun Kena Tunggu, Buat Apa Lama-Lama Isi Ubat”, Pegawai Farmasi Ini Ada Penjelasannya

Tetapi, hendak atau tidak, anda terpaksa juga menunggu, kalau tidak, macam mana untuk mendapatkan ubat pula kan? Disebabkan itu jugalah, anda terpaksa menangguhkan atau membatalkan aktiviti yang anda perlu lakukan pada hari tersebut, kerana banyak menghabiskan masa di klinik, mahu pun hospital.

Mungkin anda pernah terfikir, tidak adakah cara yang membolehkan anda mendapatkan ubat, tanpa perlu hadir atau menunggu di farmasi? Pegawai Farmasi, saudara Fahmi Hassan mempunyai perkongsian, yang juga jawapan kepada persoalan anda itu. Jom kita baca apakah cara lain untuk mendapatkan ubat.

Mesti ramai yang tak suka pergi bersesak-sesak untuk ambil ubat ulangan di farmasi kan? Dah la parking susah, kena tunggu lama, panas dan bermacam-macam lagi lah masalah.

Sebenarnya ada banyak cara untuk memudahkan anda mengambil ubat. Salah satunya adalah dengan meminta pemandu peribada anda ambilkan ubat untuk anda.

Tiada pemandu peribadi? Tiada masalah.

Ada empat cara lain. Yang lebih menarik, hampir semua cara ini boleh dilakukan secara percuma. Cuma satu cara sahaja yang memerlukan bayaran.

Tiada alasan lagi untuk bersesak-sesak di farmasi. Yang tak mahu guna mungkin sebab rindu ingin berjumpa pegawai farmasi yang cun.

4 Cara Mendapatkan Ubat Tanpa Menunggu Lama Di Farmasi

1. Ubat Melalui Pos 1Malaysia

Penghantaran ubat terus ke rumah pesakit

Menjimatkan masa dan kos perjalanan

Caj hanya dari RM5 setiap penghantaran (sebelum GST)

2. Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu

Penghantaran ubat ke klinik kesihatan/hospital pilihan pesakit

Sesuai untuk pesakit yang mendapatkan rawatan di lokasi jauh dari kediaman

3. SMS & Ambil

Daftar sebagai pengguna

SMS tarikh ubat yang diperlukan

Datang pada tarikh temujanji

Pesakit tidak perlu menunggu lama

Boleh telefon/e-mel/faks untuk temujanji juga

4. Farmasi Pandu Lalu

Tetapkan tarikh temujanji

Ambil ubat tanpa perlu turun dari kenderaan

Tidak semua fasiliti menyediakan kemudahan ini

Jika anda berminat, anda hanya perlu memberitahu pegawai farmasi sewaktu anda mengambil ubat dan pilih perkhidmatan yang anda mahukan. – Siakap Keli

Carian yang berkaitan: