(Video & Gambar) Kemalangan Libatkan 5 Buah Kereta Di Sedenak, Lebuhraya Sesak Lebih 10 Kilometer

Sebuah kemalangan yang melibatkan lima buah kereta di laluan Sedenak menghala ke Kulai, Johor di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) telah menyebabkan lebuhraya laluan berkenaan mengalami kesesakan teruk, lapor mStar Online.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 12:45 petang itu yang berlaku di Kilometer (KM) 36.5 menyebabkan kesesakan sejauh 10 kilometer menghala ke arah selatan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 12.46 tengah hari dan telah mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.

Pihak Plus dalam satu kenyataan meminta pengguna supaya mengelak menggunakan laluan berkenaan sehingga kerja pengalihan selesai. – Siakapkeli.my

[embedded content]

Carian yang berkaitan: