(Video) Pekerja Hadiahkan Remaja Wii U Percuma Selepas Tiap-Tiap Hari Datang Bermain Demo Konsol Itu Di Kedai

NY – Seorang remaja menerima kejutan apabila dihadiahkan sebuah konsol Wii U percuma oleh pekerja di sebuah kedai Best Buy di Valley Stream di sini.

Menurut laporan, para pekerja di Best Buy mendapati remaja tersebut tiap-tiap hari datang untuk bermain konsol versi demo itu di kedai mereka.

Satu video yang merakamkan saat remaja berkenaan terkejut ketika menerima hadiah itu dimuat naik di Youtube.

“Dari kami semua di Best Buy. Kami belikan kamu konsol Wii supaya kamu tidak perlu lagi datang ke sini setiap hari dan bermain”, kata salah seorang pekerja dalam video terbabit.

“Setiap dari kami yang pernah melihat kamu bermain di sini kongsi duit supaya kamu dapat (konsol Wii) satu”.

Remaja terbabit, yang ketika itu sedang bermain “Super Smash Bros” pada mulanya kelihatan kepelikan. Bagaimanapun dia kemudian mengukir senyuman apabila mula memahami apa yang cuba disampaikan pekerja berkenaan.

Sumber: Foxnews

[embedded content]

Carian yang berkaitan: