(Video) "Ta Mere Est Verte!" – Kanak-Kanak Di Perancis Ini Terjemahkan 'Mak Kau Hijau' Dalam Bahasa Perancis

“Ta Mere Est Verte!” – Itulah terjemahan bagi “Mak Kau Hijau” yang pernah popular pada tahun 2015.

Terjemahan itu dibuat oleh seorang kanak-kanak Perancis selepas mendapat permintaan dari salah seorang pengikutnya di Instagram.

Menerusi video terjemahan itu, difahamkan ianya adalah satu video terjemahan yang meminta seseorang membayar hutang. Lihat video itu dibawah:

[embedded content]

Kanak-kanak yang menggunakan akaun Youtube Cutie Pie2006 itu, banyak memuat naik video berbahasa melayu di akaun Youtube dan juga Instagramnya.

Difahamkan, ibunya berasal di Malaysia manakala bapanya seorang warga Perancis. Menurut Cutie Pie, dia selalu balik ke Malaysia memandangkan mempunyai ramai saudara di negara ini.

Menerusi satu video, Cutie Pie memberi nasihat kepada pengikutnya tentang bagaimana dia boleh mengadaptasi dirinya kepada banyak bahasa.

“Kena berlatih tiap-tiap hari, bukan baca buku sahaja. Tapi kena bercakap juga, tiap-tiap hari. Kalau tidak lupa

“Lagi satu, tak boleh malu. kita belajar, muka kena tebal”, katanya.

Lihat videonya dibawah.

[embedded content]

Cutie Pie juga banyak berkongsi banyak video-videonya berbahasa Melayu mungkin untuk berlatih atau kerana dia menyukai bahasa Melayu. Apapun, terbaiklah dik!!

Carian yang berkaitan: