(Video) Telefon Ini Adalah Telefon Pintar Pertama Dengan Teknologi Google Tango

Lenovo baru-baru ini mengumumkan siri terbaru keluaran mereka iaitu Phab 2 yang mana bakal dipecahkan kepada tiga model iaitu Phab 2, Phab 2 Plus dan juga Phab 2 Pro.

Dari tiga model tersebut, Phab 2 Pro adalah yang paling menarik sekali kerana ia merupakan telefon pertama di dunia yang dilengkapi dengan Google Tango.

Apa itu Google Tango?
Sekiranya anda pernah bermain Pokemon Go, anda tentu tahu bagaimana tidak logiknya karakter-karakter di dalam permainan itu bergerak. Seperti contoh, karakter di dalam permainan itu tidak akan bertindak balas sekiranya bersentuhan dengan sesuatu objek seterusnya menyebabkan pergerakannya tidak logik.

Tetapi tidak boleh salahkan pencipta Pokemon Go kerana teknologi telefon pintar untuk tujuan tersebut masih belum wujud lagi ketika Pokemon Go dicipta.

Disebabkan itu lahirnya Google Tango. Google Tango merupakan satu teknologi baru yang akan membolehkan kamera telefon melihat dunia sebenar secara 3D dan telefon pertama yang dilengkapi dengan teknologi itu adalah Lenovo Phab 2 Pro.

Jadi, dengan Google Tango, pencipta-pencipta permainan Augmented Reality akan mencipta permainan yang boleh berinteraksi terus dengan dunia sekeliling. Ini bermakna karakter-karater di dalam permainan boleh mendapat 'deria mata' dan juga 'deria sentuhan' dengan Google Tango.

Siri Lenovo Phab 2
Siri Phab 2 didatangkan dalam tiga model iaitu Phab2, Phab 2 Plus dan juga Phab 2 Pro. Secara asasnya, telefon siri Phab 2 didatangkan dengan skrin 6.4 inci dan rekaan bentuk yang sama. Secara keseluruhan, spesifikasi bagi Phab 2 dan Phab 2 Plus hampir sama tetapi lain cerita buat Phab 2 Pro.

Phab 2 & Phab 2 Plus
Seperti yang diberitahu sebelum ini, spesifikasi untuk Phab 2 dan Phab 2 Plus hampir sama tetapi apa yang membezakan mereka adalah resolusi skrin yang mana Phab 2 beresolusi 720 x 1280 piksel manakala Phab 2 Plus beresolusi 1080 x 1920 piksel.

Kedua-dua model itu akan dikuasakan oleh cip pemprosesan MT8783 keluaran Mediatek dengan teras Octa dan disokong dengan RAM sebanyak 3GB bersama 32GB storan ROM. Selain itu, kedua-dua model ini juga akan dihidupkan dengan bateri sebesar 4050mAh.

Pecahan kamera pada Phab 2.

Dari segi kamera pula, Phab 2 dan Phab 2 Plus dilengkapkan kamera utama 13MP dan kamera hadapan 5MP.

Phab 2 Pro
Berbeza dengan 'adik beradiknya' yang lain, Phab 2 Pro dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 652 keluaran Snapdragon. Phab 2 Pro disokong dengan RAM 4GB bersama dengan storan 64GB.

Bagi menyokong teknologi Google Tango, Phab 2 Pro tampil dengan kamera 16MP dan bersama dengan 3 kamera khas untuk teknologi Google Tango.

Pecahan kamera pada Phab 2 Pro
Aplikasi yang sudah menggunakan Google Tango

Incoming search terms:

loading...
loading...