“Wanita Hiasan Dunia, Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah”, Ketahui 10 Ciri Wanita Yang Boleh Dijadikan Sebagai Calon Pasangan Hidup

Sebagai seorang insan di atas muka bumi ini, kita telah dijadikan sebagai berpasang-pasangan, setiap yang ada, mempunyai pasangan mereka yang tersediri, bukan sahaja buat manusia. Tetapi juga ciptaan lain, seperti siang dan malam, ikan dan lautan, serta bulan dan bintang.

Tidak dapat dinafikan juga, terdapat 4 kriteria dalam mencari jodoh menurut Islam yang harus dititikberatkan, antaranya adalah, kecantikan, harta, keturunan, juga agamanya. Ia boleh dijadikan rujukan buat kita dalam mencari pasangan dalam hidup.

Dalam era serba moden ini, terdapat banyak cara untuk mencari pasangan hidup, tidak kira lelaki mahu pun wanita, aplikasi mencari jodoh juga telah wujud dalam membantu kita mencari pasangan. Berdasarkan perkongsiasan dari saudara Charlie Verona pula, terdapat 10 tip kenali wanita baik, untuk dijadikan sebagai calon isteri. Mari kita lihat apakah ciri-ciri tersebut.

10 Tip Kenali Wanita Baik Untuk Dibuat Calon Isteri

1. Menjaga Tutur Bahasa

Seorang wanita yang baik akan sentiasa menjaga tutur bahasanya. Jika sebelum berkahwin lagi dia dah boleh ber'sial babi' kan engkau, sebaiknya kau tak perlu fikir untuk pergi ke tahap yg seterusnya.

Ataupun yg jenis cakap "Alah, ada virgin takde virgin ni sama je". Better kau back off. Wanita yang menjaga tutur bahasa ialah wanita yang menghormati dirinya. Hanya wanita yang mampu menghormati dirinya sahaja yang akan menghormati suaminya.

2. Tidak mengongkong

Dia tak pernah meminta untuk memegang atau memeriksa barang-barang peribadi kau seperti handphone, beg duit ataupun beg galas. Dia sentiasa menghormati ruang, kawan-kawan, hobi, citarasa muzik, filem dan sesuatu yg kita sukakan. 
Kau suka ke dapat bini yang sanggup tulis kat page confession university kata suami dia puja setan sebab minat dengar lagu Metallica? Kau mesti cari bini yang kalau kau jadi Hans Solo dia jadi Leia Organa. Baru steady.

3. Mudah dibentuk

Apabila kau mencadangkan sesuatu perkara yang berkait dengan sesuatu perubahan, dia mudah untuk dibawa berbincang dan mudah menerima. Dia bukan jenis kaki bangkang ataupun seseorang yang sentiasa merasakan dia yang paling betul. Kau cakap suara Siti Nurhaliza lebih best daripada suara Adelle, dia bermati-matian cakap suara Adelle lebih sedap. Kalau kau tak setuju dia nak clash.

4. Bersederhana

Tidak keterlaluan di dalam melakukan sesuatu perkara. Seorang wanita yang bersederhana lebih disenangi. Ia boleh dilihat daripada cara berfesyen, solekan dan penjagaan diri. 
Kalau kau jenis lelaki yang boleh bersabar dapat seorang isteri atau bakal ibu kepada anak-anak kau yang memerlukan masa 3 jam untuk bersolek hanya untuk keluar pi makan, kau bolehlah teruskan. Kalau rasa tak boleh baik lupakan.

5. Menghormati ibu-ayah

Seorang wanita yg baik boleh dilihat daripada hubungannya dengan ibu-ayahnya. Seseorang wanita yang menyayangi serta menghormati ibu-ayahnya pasti akan mampu menghormati seorang lelaki yang bernama suami. Kalau kau tengok dia treat ibu-ayah dia kurang ajar semacam je, kau bolehlah fikir banyak kali untuk buat jadi isteri.

6. Bijak

Seorang wanita yang bijak bukanlah mesti mempunyai ijazah atau diploma daripada Universiti. Wanita yang bijak dapat dilihat daripada cara mereka melihat dunia dan apa yg berlaku disekelilingnya. Seorang wanita yg bijak mampu melakukan sesuatu perubahan. Wanita yang bijak juga mampu melihat masa hadapan. Lelaki yg memiliki seorang wanita yg bijak sebagai isteri akan mampu mengatasi cabaran dan halangan kehidupan (ingat Puspawangi dalam Filem Musang Berjanggut)

7. Rajin

Mempunyai seorang isteri yang pemalas adalah satu tragedi di dalam rumahtangga. Seorang lelaki yang mengemudi sebuah rumahtangga samalah seperti seorang nakhoda yg mengemudi sebuah bahtera. Cuba kau bayangkan apa yang akan berlaku kepada sebuah bahtera itu jika co-kapten dan anak-anak kapalnya pemalas? Hancur bahtera tu dan tak mungkin ia akan sampai ke destinasinya. 
Macam tu lah juga rumahtangga. Nak kenal wanita tu rajin atau tidak mudah je, kau peratikan dia selalu bangun tidur pukul berapa. Kalau yang jenis bangun tidur pukul 12.30 tengah hari ni, kau lupakan je lah.

8. Penyabar

Perempuan sebenarnya adalah lebih penyabar daripada lelaki. Sebab itu Allah berikan kelebihan mengandungkan dan melahirkan anak itu kepada orang perempuan. Orang perempuan lebih sabar menahan kesakitan yang panjang. Orang perempuan lebih sabar menahan dugaan. 
Jadi, kalau kau nak rumahtangga kau sentiasa bahagia, kau kena pastikan kau memiliki seorang isteri yang lebih penyabar daripada kau kerana kau tak kan mampu bersabar apabila hidup bersama dengan seorang perempuan yang tak penyabar.

9. Kreatif dan inovatif

Hidup ini bukan selamanya kita senang dan bukan selamanya kita susah. Seorang wanita yang kreatif dan inovatif akan mampu membantu kau menghadapi saat-saat kau berada di bawah mahupun di atas roda kehidupan. Wanita yang kreatif dan inovatif bukan sahaja akan menyokong setiap usaha yg kau buat malah dia akan berkongsi memberikan idea untuk kau menjayakan sesuatu usaha kau itu. (Ingat kisah bagaimana Siti Khadijah menyokong dan memberi idea kepada Rasullullah untuk menjalankan kerja-kerja dakwah di peringkat awal)

10. Beragama

Seorang wanita yang baik ialah seorang wanita yang beragama dan menghormati ajaran agamanya. Kalau seorang wanita islam kau boleh lihat pada bagaimana dia menjaga solatnya. Kalau yang bukan islam kau lihat kepada ketaatannya mematuhi kod-kod disiplin dan ajaran agamanya.

Tuntasnya, apa yg paling penting ialah niat kau.

Kalau niat kau betul-betul nak cari seorang isteri supaya kau dapat membentuk sebuah kehidupan dan sunah nabi, tak susah untuk kau jumpa wanita yg kau cari. Tapi kalau niat kau cuma nak suka-suka atau nak test drive, sampai bila pun kau takkan jumpa wanita yg baik, sebab kau sendiri pun bukan seorang lelaki yg baik. Sekian.

Disebabkan setiap dari kita dijadikan sebagai berpasang-pasangan, sudah pasti kita akan melengkapi di antara satu sama lain. Bagi lelaki, juga wanita, bolehlah cuba untuk menjadi yang terbaik buat pasangan anda, dan memperbaiki kekurangan diri masing-masing. Moga hubungan yang dibina, diredhai sepanjang hayat. – Siakap Keli

BACA: Ingat, Bila Kau Menyenangkan Hati Isteri, Segala Urusan Kau Akan Dipermudahkan

Incoming search terms:

loading...
loading...