Yatt Hamzah Selamat Melahirkan Anak Ke-2 (4 Gambar)

161 views
Pada: Khamis, 29 Disember 2016
Anak Artis, Berita Artis, Bersalin, Gambar Artis, Pelakon, Yatt,

Yatt Hamzah selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju pada jam 9.14 pagi Selasa lalu. Si comel seberat kira-kira 3 kilogram itu adalah anak kedua Yatt.

"Jika diikutkan, sejak dua hari lalu Yatt sudah rasa seperti mahu bersalin. Hanya kira-kira jam 4 pagi tadi baru air ketuban pecah.

"Isteri saya dimasukkan hospital sejak semalam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya sendiri menyaksikan perjuangan isteri melahirkan bayi di bilik pembedahan.

"Ia momen yang cukup indah dan berharga. Perasaan bercampur baur. Saya gembira, teruja dan bersyukur pada masa sama,"

"Tak kira jauh atau dekat, kami amat hargai doa dan kasih sayang mereka," kata suami Yatt, Zul memetik BeritaHarian Online

Tapi buat masa ini gambarĀ  anak ke-2 Yatt masih belum lagi didedahkan kepada umum.

Tag : Anak Artis , Berita Artis , Bersalin , Gambar Artis , Pelakon , Yatt

Incoming search terms:

loading...
loading...