Ayah, Ibu & Anak Kongsi Tarikh Lahir Yang Sama

43 views

Pasangan Luke dan Hillary Gardner tidak pernah mempunyai masalah untuk mengingati hari jadi masing-masing - memandangkan mereka berkongsi tarikh hari lahir yang sama iaitu 18 Disember 1989.

Namun, sambutan hari lahir mereka akan menjadi lebih meriah kerana Hillary baru sahaja melahirkan anak lelaki pada tarikh yang sama pada hari jadi mereka iaitu 18 Disember yang 2016.

Time Colonist melaporkan, pakar statistik berkata kejadian jarang ini hanya berlaku sekali dalam setiap 133,000 iaitu kebarangkalian yang lebih kecil jika dibandingkan dengan kemungkinan seseorang dipanah petir yang dianggarkan pada satu dalam setiap 12,000.

Menurut Luke, mereka langsung tidak merancang untuk mendapatkan hari lahir yang sama untuk anak mereka.

"Saya langsung tidak ambil kisah tentang perkara ini sehinggalah isteri saya mengandung. Apabila kami sedar (kemungkinan anak lahir pada hari yang sama), kami agak tergamam. " katanya menerusi temuramah pada Rabu.

Dengan menggunakan aplikasi telefon, Luke berkata isterinya mengira menggunakan aplikasi terbabit dan ia memberikan 15 Disember sebagai tarikh kelahiran anak mereka. Doktor pula memberikan tarikh 19 Disember.

Disebabkan itu, pasangan dari Baldwyn, Missisippi itu cuba melakukan sedikit senaman untuk mempercepatkan bayi mereka itu keluar iaitu dengan berjalan di sekitar kawasan rumah mereka.

Tidak pasti sama ada senaman itu membantu, anak mereka berjaya dilahirkan pada 10:01 pagi pada 18 Disember - tarikh yang sama ibu bapanya dilahirkan 27 tahun yang lalu.

"Setepatnya, isteri saya enam jam lebih tua dari saya,", kata Luke yang turut menambah dia dilahirkan pada 2.10 petang pada 18 Disember 1989.

Ketua Jabatan Matematik Universiti New Orleans, Tumulesh Solanky berkata kebarangkalian untuk berjumpa seseorang yang lahir pada hari yang sama anda adalah satu dalam 365.

Tambah beliau, kebarangkalian bagi dua manusia yang lahir pada hari yang sama dan mempunyai bayi yang lahir pada hari yang sama dengan mereka adalah lebih kurang 1/365 daripada 1/365.

"Kebarangkaliannya adalah 0.0000000751 - atau 7.5 kali dalam sejuta.", katanya.

Sumber: Time Colonist

Incoming search terms:

loading...
loading...