Banjir: 17 Buah Sekolah Di Empat Jajahan Di Kelantan Tutup Esok (2 Januari 2017)

Foto: Utusan Online

KOTA BHARU, 1 Jan – Sebanyak 17 Sekolah di Kuala Krai, Tanah Merah, Tumpat dan Pasir Mas akan ditutup esok susulan banjir yang melanda di keempat-empat jajahan itu hari ini.

Dalam satu kenyataan malam ini, Jabatan Pendidikan Kelantan berkata lapan sekolah ditutup di Kuala Krai, lima di Tanah Merah, tiga di Pasir Mas dan satu di Tumpat.

Bagi Kuala Krai, sekolah yang terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Pemberian, SK Bahagia, SK Ladang Taku, SK Pasir Kelang, SK Kuala Nal, SK Pasir Gajah, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pasir Gajah dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Saadatul Qura.

Untuk Tanah Merah pula, sekolah yang terbabit adalah SK Ladang Kerilla, SK Sokor, SK Kampung Panjang, SK Tebing Tinggi dan SMK Ladang Kerilla.

Bagi Pasir Mas pula, tiga sekolah yang terlibat adalah SK Kampung Baru, SK Rahmat dan SK Rantau Panjang.

Di Tumpat pula, satu-satunya sekolah yang ditutup adalah SK Pulau Beluru.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut jumlah murid dan pelajar yang terjejas akibat penutupan sekolah-sekolah berkenaan.

Carian yang berkaitan: