Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem Meninggal Dunia

156 views


Sarawak, 11 Jan – Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi di Institut Jantung Negara(IJN) Samarahan.

Di Twitter, Menteri Belia dan Sukan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dengan berkata: “Takziah kepada Puan Sri Jamilah & keluarga serta rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke Rahmatullah Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. Al Fatihah.

Selain itu, Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman turut mengucapkan takziah di Twitternya sebentar tadi.

Takziah atas pemergian YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem. Al-Fatihah“, tulis beliau.

Arwah meninggal dunia 14 hari sebelum hari lahirnya yang ke-73.

Al-Fatihah.

Carian yang berkaitan: