Majlis Pernikahan Izham Tarmizi Dan Mia Ahmad

274 views
Mia Ahmad dan Izham

Dengan sekali lafaz sahaja, pelakon Mia Ahmad selamat bergelar isteri kepada penjaga gol JDT iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan kira-kira pukul 10.18 pagi Jumaat.

Video penuh Pernikahan Mia Ahmad dan Izham

Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Abdul Rashid Azidin dengan disaksikan oleh bapa pengantin perempuan Ahmad Baderi dalam satu majlis yang berlangsung di Villa Sentosa, Taiping, Perak.

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 29, menerima mas kahwin sebanyak RM2,000 daripada Mohd Izham, 26.

Mia turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki dan dibalas sembilan dulang, manakala wang hantaran tidak dimaklumkan.

Pada majlis istimewa tersebut Mia anggun mengayakan busana berwarna krim daripada pereka fesyen Lynda Rahim.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak.

Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi di Taiping Golf & Country Club Perak pada Sabtu (esok).

Majlis menyambut menantu akan diadakan di Terengganu pada Mac 2017, manakala majlis untuk rakan-rakan di Kuala Lumpur pada penghujung Januari tahun yang sama. – MStar

Carian yang berkaitan: