Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat Kepada 14,074 Orang Setakat Jam 9 Malam

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 14,074 orang setakat jam 9 malam tadi berbanding 13,496 mangsa pada jam 5 petang tadi.

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Zainuddin Hussin, 41 pusat pemindahan telah dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di lima jajahan negeri ini.

Untuk rekod, seramai 10,094 mangsa di Pasir Mas, diikuti dengan 3,456 mangsa di Tumpat, 463 mangsa di Pasir Puteh, 50 mangsa di Kota Bharu dan 11 mangsa di Machang.

Menurut beliau juga, dijangkakan semakin ramai mangsa banjir di Tumpat akan dipindahkan ke pusat pemindahan malam ini dan esok susulan air dari kawasan hulu Sungai Golok mengalir ke jajahan terbabit.

Sumber: BH Online

Incoming search terms:

loading...
loading...