Sekitar Perkahwinan Mia Ahmad-Izham Tarmizi (43 Gambar HD)

1522 views
Pada: Sabtu, 14 Januari 2017
Gambar Artis, Instagram, JDT, Mia Ahmad, Pelakon, Pemain Bola Sepak, Perkahwinan Artis, Pernikahan,

Dengan sekali lafaz, pelakon Hati Perempuan, Mia Ahmad selamat bergelar isteri kepada penjaga gol JDT iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan kira-kira pukul 10.18 pagi Jumaat di Villa Sentosa, Taiping, Perak.

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 29, menerima mas kahwin sebanyak RM2,000 daripada Mohd Izham, 26.

Mia turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki dan dibalas sembilan dulang, manakala wang hantaran tidak dimaklumkan.

Pada majlis istimewa tersebut Mia anggun mengayakan busana berwarna krim daripada pereka fesyen Lynda Rahim.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak.

Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi di Taiping Golf & Country Club Perak pada Sabtu (esok).

Majlis menyambut menantu akan diadakan di Terengganu pada Mac 2017, manakala majlis untuk rakan-rakan di Kuala Lumpur pada penghujung Januari tahun yang sama. -mStar Online | gambar Foto-Project2pi

Tag : Gambar Artis , Instagram , JDT , Mia Ahmad , Pelakon , Pemain Bola Sepak , Perkahwinan Artis , Pernikahan

Carian yang berkaitan: