Siti Saleha Dan Tunang Akan Berkahwin Pada…

141 views
Pada: Jumaat, 13 Januari 2017
Berita Artis, Pelakon, Perkahwinan Artis, Siti Saleha, Tunang Artis,

Pelakon Siti Saleha bakal menamat zaman bujang tidak lama lagi. Dia merancang untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangannya Lutfi Azhar, 31, selepas Hari Raya Aidilfitri depan.

Bagaimanapun, buat masa ini dia dan Lutfi masih belum mempunyai tarikh sebenar untuk majlis istimewa tersebut.

“Insya-Allah saya akan berkahwin pada tahun ini iaitu selepas raya Aidilfitri tapi belum ada tarikh yang tepat lagi buat masa ini.

“Sebenarnya saya tidak mahu terlalu merancang dan setakat ini belum beli apa-apa lagi. Tema untuk majlis pun saya belum ada, masih mencari-cari. Cuma akan ada beberapa majlis yang kami akan adakan,” ujarnya kepada mStar Online.

Tag : Berita Artis , Pelakon , Perkahwinan Artis , Siti Saleha , Tunang Artis

Carian yang berkaitan: