(Video) Majlis Pengebumian Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem Di Tanah Perkuburan Islam Samariang Sebentar Tadi

Satu kehilangan besar bagi Negeri Sarawak, itulah boleh diperkatakan selepas pemergian Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem kira-kira jam 1.20 tengah hari semalam di Institut Jantung Negara(IJN) Samarahan.

Allahyarham meninggal dunia kerana kompliasi jantung dan jenazah dilaporkan tiba di Masjid Jamek Negeri Sarawak pada10.58 pagi tadi untuk dimandikan dan dikapankan.

Dilaporkan kira-kira 5,000 orang rakyat Sarawakturut hadir sebagai tanda penghormatan terakhir terhadap pemergian Allahyarham.

Solat jenazah telah dilakukan selepas Zuhur di mana jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang di Jalan Sultan Tengah sebnetar tadi.

Berikut adalah video Majlis pengebumian Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem di Tanah Perkuburan Islam Samariang.

 Sumber: Harian Metro

Siakapkeli.my

Carian yang berkaitan: