16 PUASA 2017 MEMANG MENARIK DAN TERBAIK

Sudah agak lama tidak menonton telemovie lawak atau komedi yang berkualiti. Drama 16 Puasa 2017 adalah karya terbaru pengarah Mamat Khalid dan sememangnya ia sangat menarik dan terbaik.

Apa yang menarik mengenai 16 Puasa adalah ia dibarisi oleh barisan pelakon otai. Antaranya Sabri Yunus, Aziz M. Osman, Ngasrizal Ngasri (Bell), Man Kadir, Rab Khalid dan pelakon lain yang turut menaikkan seri serta memeriahkan telemovie ini.

Drama 16 Puasa 2017 mengisahkan geng-geng otai ni yang tidak berpuasa bila masuk hari ke 16 walaupun mereka sudah berkeluarga. Mereka berpakat untuk ponteng puasa bersama-sama dan bergilir membeli makanan.

Banyak babak-babak menarik dalam drama ini. Antara yang paling tidak tahan gelak adalah babak mereka buat mimik muka untuk berkomunikasi ketika di surau.

Tapi biasalah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitu juga dengan geng otai ni. Mereka akhirnya kantoi ponteng puasa dan diserbu oleh Pak Jabit aka Imam dalam drama ini bersama-sama orang pejabat Agama. Siap kena naik van jenazah tu.

Pihak ammboi tidak sediakan link atau apa-apa kaitan untuk download drama 16 Puasa 2017 ini. Anda boleh menontonnya menerusi Astro First Eksklusif di saluran 480.

Tapi kalau nak tonton online download juga anda boleh ke SINI. <<<——– p/s: Ia bukan disediakan oleh kami. Pihak Ammboi.Com tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang masalah sepanjang anda melayari kandungi dalam link ini. Sekian, harap maklum.

Tags: 16 puasa, 16 puasa full movie, 16 puasa online, download 16 puasa, drama 16 puasa, movie 16 puasa

Category: HIBURAN

Scroll to top